GrabPay, e-Wallet rakyat percepat ekonomi digital Malaysia

GrabPay, e-Wallet rakyat percepat ekonomi digital Malaysia

E-WALLET GrabPay menyasarkan untuk merangsang ekonomi digital Malaysia tahun ini dengan memacu penggunaan tanpa tunai di negara ini selari inisiatif e-Tunai Rakyat 2020 Kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng berkata, syarikat itu memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan penjimatan tambahan sehingga RM3,000 menerusi kempen ‘Siapa Cepat, Banyak Dapat’.

Menurutnya, penggunaan pembayaran berasaskan elektronik telah meningkat dengan ketara tahun lepas.

Katanya, berdasarkan statistik Bank Negara, nilai urus niaga untuk e-wallet antara Januari dan Oktober 2019 melonjak kepada RM13.9 bilion dengan jumlah urus niaga sebanyak 1.72 bilion, melebihi RM11 bilion pada 2018.

“Kerajaan memberikan tumpuan kepada meningkatkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di Malaysia, selari visi Grab untuk memanfaatkan teknologi bagi memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

“Kerajaan memberikan tumpuan kepada meningkatkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di Malaysia, selari visi Grab untuk memanfaatkan teknologi bagi memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, progresif ekonomi tanpa tunai bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna, tetapi turut membantu usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan tanpa kos, beban serta kebimbangan mengenai keselamatan dalam menguruskan wang tunai.

Menurutnya, bayaran berasaskan elektronik dilaporkan akan dapat menjimatkan sehingga satu peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia (anggaran RM13 bilion) disebabkan kos urus niaga berasaskan tunai.

“Kami melancarkan GrabPay lebih setahun lalu dengan visi menjadi dompet rakyat. Sejak itu, kami terus memperkenalkan program dan kempen untuk menggalakkan penerimaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: E-Tunai RM30 diagihkan mulai esok

“Strategi kami adalah menggunakan pendekatan hiperlokal dan berkolaboratif dengan rakan niaga seperti seperti Maybank dan PayNet yang bersama-sama dengan kami meramalkan keperluan negara untuk menerima ekonomi digital.

“Kami telah melatih rakan kongsi dengan lebih teliti dan memperkenalkan lebih banyak ciri yang mesra pengguna Malaysia,” katanya.

Grab E-Tunai

Grab E-Tunai

Aplikasi e-dompet serba guna Malaysia Malaysia setiap hari, semuanya e-wallet

Dengan peningkatan ekosistem perkhidmatan dan rangkaian rakan kongsi Grab, GrabPay menyediakan pilihan pembayaran yang lancar dan mudah untuk keperluan harian, daripada tunggangan dan makanan serta penghantaran atas permintaan bagi proses transaksi dalam talian dan luar talian.

Dalam memperkukuhkan dan memastikan kelancaran penggunaan e-wallet di seluruh negara, GrabPay bekerjasama dengan PayNet, menjadikannya e-dompet pertama yang mengguna pakai DuitNow QR, standard nasional QR di Malaysia.

Pengguna kini boleh membuat pembayaran dari mana-mana bank atau aplikasi mudah alih e-Wallet dengan mudah dan para peniaga hanya perlu memaparkan satu Kod QR untuk menerima pembayaran.

‘Siapa Cepat, Banyak dapat’

Sebagai aplikasi dengan ekosistem perkhidmatan teguh yang memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia, GrabPay menawarkan nilai lebih besar kepada pengguna yang menebus agihan RM30 oleh Kerajaan Malaysia melalui e-wallet GrabPay mereka.

Pada separuh kedua 2019, pengguna GrabPay mampu menjimatkan sehingga RM5.5 juta hanya dengan menggunakan GrabPay untuk membayar keperluan harian seperti pengangkutan, belanja dan penghantaran untuk makanan selain barang keperluan.

Menerusi promosi ‘Siapa Cepat, Banyak Dapat’, pengguna yang mendaftar untuk penebusan e-Tunai Rakyat 2020 melalui GrabPay akan mendapat diskaun dan baucar sehingga RM3,000 berdasarkan sistem ganjaran yang terdiri daripada tiga peringkat.

Ini akan membantu pengguna mendapat manfaat sepenuhnya daripada inisiatif kerajaan.

Kempen ini menampilkan pelbagai rakan kongsi seperti Hotlink, Mydin, Photobook, The Coffee Bean & Tea Leaf, Baskin Robbins, Resipi Rahsia, Sushi Sushi, MyNews dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ‘Siapa Cepat, Banyak Dapat’, sila rujuk ke: https://www.grab.com/my/etunairakyat/



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *