Golongan munafik telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi…

“JANGAN percaya dengan dia. Dia ini munafik.”

Selalu kita dengar ayat ini dilontarkan. Seboleh mungkin, semua orang tidak mahu digelar munafik kerana ia memberi gambaran buruk pada diri seseorang individu itu.

Sebenarnya, golongan munafik telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Setelah umat Islam memenangi Perang Badar melawan orang kafir, ramai yang memeluk agama Islam.

Mulai saat itulah rupa-rupanya ada orang kafir yang berpura-pura memeluk Islam.

Padahal, hati mereka menyembunyikan kekufuran. Inilah dia orang-orang munafik.

Apa tanda-tanda orang munafik?

Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik itu ada tiga aoabila berucap dia berdusta, jika membuat janji dia mungkiri dan jika dipercayai dia mengkhianati.” (Riwayat al-Bukhari)

Sifat munafik ini bukan sahaja dibenci malah para sahabat RA termasuk orang yang kuat imannya, mereka paling takut jika timbulnya sifat munafik dalam diri mereka.

Ia boleh dilihat menerusi sikap Umar bin al-Khattab RA yang sangat risau dengan sifat munafik.

Beliau memberanikan diri bertanya kepada Huzaifah yang merupakan pemegang rahsia Nabi SAW dan mengetahui senarai nama munafik.

Umar bertanya apakah baginda memasukkannya sebagai orang munafik? Sudah tentu Huzaifah menjawab ‘tidak’.

Oleh itu, sebagai orang Islam, berhati-hati dengan sifat munafik dan berusaha untuk menjauhinya.

Bagaimana caranya? Bersegeralah mendirikan solat dan berjemaah di masjid, berakhlak baik dan mendalami ilmu agama, bersedekah, menghidupkan solat malam dan sentiasa berdoa agar dilindungi dari sifat munafik.

(Sumber: Mustafar Mohd Suki)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *