Gintell anjur pelbagai acara dan tawaran istimewa

Gintell anjur pelbagai acara dan tawaran istimewa

PEMBEKAL terkemuka dalam pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia, Gintell menganjurkan pelbagai acara menarik dan tawaran istimewa kepada pelanggannya sempena Tahun Baharu Cina sebagai menghargai mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada jenama itu.

Gintell dalam satu kenyataan berkata, Gintell menganjurkan pameran kesihatan yang menarik di IOI City Mall, Putrajaya dari 8 Februari hingga 20 Februari 2022.

“Pameran Gintell ini terletak di Lower Ground Centre Court (LGCC), dengan pelbagai rangkaian produk termasuk kerusi urut, peralatan kecergasan seperti treadmill dan basikal kecergasan serta pengurut mudah alih,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyatan itu, antara acara hebat yang dianjurkan ialah pada 12 Februari dengan menjemput duta jenama Gintell, supermodel antarabangsa, Amber Chia dan Pengamal Rawatan Tradisional Cina Tit-Tar, Datuk Seri Master Chris Leong.

“Gintell juga menganjurkan persembahan istimewa tarian lapan singa di pameran Gintell dan pameran di IOI City Mall, Putrajaya,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sempena promosi tahun baru, Gintell juga menawarkan rebat sehingga 55 peratus untuk semua rangkaian produk.

“Kini, dengan hanya RM7,988 atau RM7.40 sehari, anda boleh menikmati pengalaman urutan di rumah yang selesa dengan kerusi urut, termasuk hadiah percuma, Jangan melepaskan peluang untuk menikmati promosi menarik untuk kerusi urut, siri kecergasan seperti treadmill dan basikal kecergasan, dan juga pengurut mudah alih,” kata kenyataan itu.

Antara produk terbaharu Gintell ialah Gintell S5 SuperChAiR, kerusi urut siri ‘S’ membawakan anda tahap pengalaman urutan yang baharu dilengkapi dengan teknologi urutan tangan Ai-R dan dilengkapi dengan teknologi Airbag Rollerball yang tercanggih di Malaysia.

Selain itu, Gintell S5 mempunyai satu program yang sangat unik iaitu ‘Shiatsu Stretching’ yang telah dicipta dan mendapat bimbingan daripada Chris Leong untuk membantu mengurangkan sakit leher, bahu, belakang, malah ia juga dapat meningkatkan peredaran darah dan memperbaiki otot anda.

Sumber