Giant, TFLP agih makanan kepada rumah kebajikan

Giant, TFLP agih makanan kepada rumah kebajikan

GIANT Malaysia berkolaboratif dengan The Lost Food Project (TFLP) untuk mengagihkan bekalan makanan kepada 26 rumah kebajikan.

Jurucakap GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd berkata, inisiatif berkenaan memberi manfaat kepada 1, 422 penerima yang terdiri daripada rumah warga emas, orang kurang upaya, anak yatim, orang asal, ibu tunggal dan pelarian.

“Mereka akan menerima barang keperluan makanan selama sebulan seperti beras, tepung, gula, minyak, bawang dan kentang untuk mengatasi masalah mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi, beliau berkata, Giant sentiasa berusaha membantu komuniti yang lebih terkesan dalam tempoh PKP agar keperluan mereka mencukupi.

Katanya, Giant meningkatkan usaha untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan membantu penghuni rumah kebajikan yang terjejas.

“Giant bekerjasama secara aktif dengan TFLP sejak April 2016 untuk menyelamatkan lebihan makanan daripada dibuang ke dalam tong sampah,” kata kenyataan itu.

Inisiatif tersebut menyaksikan kedua-dua pihak mengagihkan semula makanan dan barang keperluan lain kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, jantina, umur, kecacatan atau etnik.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *