Ganjaran apabila kita memudahkan urusan orang lain

Ganjaran apabila kita memudahkan urusan orang lain

PADA saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali datang menghulur bantuan.

Padahal, sebelum itu, kita sudah hilang punca dan bingung tidak tahu hendak berbuat apa.

Hanya mampu bertawakal kepada ALLAH SWT.

Barangkali, kita pernah alami situasi sebegini, bukan?

Sebenarnya, percaya atau tidak, inilah pertolongan daripada ALLAH SWT kerana kita pernah memudahkan urusan orang di sekeliling kita suatu masa dulu.

Mungkin kita lupa tetapi ALLAH tidak pernah lupa.

Malah, setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah pasti akan dibalas juga dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah)

Walaupun sedikit kebaikan yang kita lakukan tetapi ALLAH memberikan ganjaran sehingga ke akhirat.

Sekarang tunggu apa lagi? Marilah kita lakukan perubahan.

Mungkin dulu kita payah memberi bantuan, hari ini kita cuba lakukan.

Mulakan dulu dengan perkara yang mudah dulu seperti menghadiahkan sebuah senyuman yang mampu menenangkan hati yang gundah.

Selepas ini, kita boleh cuba lakukan perkara kebaikan yang lain pula.

Apa pun, hulurkanlah bantuan dengan ikhlas.

Mudah-mudahan bantuan ALLAH SWT akan berpihak kepada kita.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *