Gabungan hidangan tempatan, antarabangsa di Hotel Premiere

Gabungan hidangan tempatan, antarabangsa di Hotel Premiere

HOTEL Premiere terletak di Kuala Lumpur mengetengahkan hidangan selera kampung bertemakan Flavours of Iftar @Premiere sempena Ramadan 2019, bermula 7 Mei hingga 2 Jun nanti. Selain itu, turut ditonjolkan signature menu makanan Melayu popular oleh Cef Noor Hisham Mohamed Yussof.

Bertempat di The Buzz Café, konsep itu menggabungkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa yang dimeriahkan dengan dekorasi ala kampung.

Noor Hisham berkata, antara sajian utama kali ini ialah gulai kawah pak long, gulai kambing, ayam golek madu Lembah Pantai, ikan patin rendang masam, kambing ambeler dan pelbagai lagi.

“Pelbagai pencuci mulut turut disajikan, antaranya kuih muih tempatan, kek, pastri, buah-buahan, wafel, dan pankek serta aiskrim Malaysia yang diolah menggunakan resipi istimewa,” katanya dalam satu kenyataan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *