Formula unggul AmorePacific

Formula unggul AmorePacific

Penguasaan sains, teknologi dan bahan semula jadi menjadi kunci jenama kosmetik terkemuka itu terus relevan

PERKEMBANGAN saintifik dan teknologi sejak dari 1954 dipercayai menjadi faktor signifikan yang mendorong AmorePacific Corporation (AmorePacific) mampu melangkah ke hadapan sebagai syarikat terkemuka dunia.

Bermula daripada produk kosmetik herba Korea pertama di dunia iaitu ABC Ginseng Cream yang diperkenalkan pada tahun 1966. Kemudian, jenama itu terus mengorak langkah dengan jenama teh hijau Miro pada tahun 1989.

Menurut pengasasnya, Suh Sungwhan, perkembangan saintifik dan teknologi dipercayai menjadi faktor signifikan yang mendorong syarikat itu mampu melangkah ke hadapan sebagai syarikat terkemuka dunia.

“Amorepacific menggunakan kira-kira 550 penyelidik di Korea dan seluruh dunia selain membuat pelaburan secara konsisten ke dalam penyelidikan secara berterusan.

“Bahkan penyelesaian penjagaan kulit yang inovatif, hasil kejayaan penyelidikan dan teknologi menyokong pertumbuhan masa depan di rantau ini,” ujarnya sempena Media Conference Exciting Amorepacific, Exciting ASEAN di Pullman Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

MEDIA Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam menghadiri Media Conference ‘Exciting Amorepacific, Exciting Asean’ di Pullman Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

MEDIA Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam menghadiri Media Conference ‘Exciting Amorepacific, Exciting Asean’ di Pullman Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Pengarah Makmal Sains Jenama Amorepacific, Kate Kwon berkata, empat teknologi penyelidikan berjaya dipatenkan bagi membuktikan kesungguhan AmorePacific dalam menghasilkan produk berkualiti.

“Ia bermula dengan teknologi Bio-Conversion pada awal 2000 yang membolehkan pengambilan sebatian saponin yang cukup rare pada akar ginseng kerana memiliki kadar kepekatan tinggi.

“Potensi penyelidikan kami diteruskan terhadap keberkesanan bunga, daun, batang dan persekitaran yang dipanggil Amorepacific Ginsenomics,” katanya.

Kulit kering

Bagi menyelesaikan masalah kulit kering, Kate turut berkongsi dengan e-Trend tentang teknologi yang digunakan iaitu Splash Air yang dibangunkan sejak tahun 1994 lagi.

“Sebab utama masalah kulit banyak sebenarnya adalah mudah iaitu kekeringan dan tahap penghidratan pada kulit juga disebabkan cahaya semula jadi.

“Inilah sebabnya mengapa Laneige mengkaji sifat pelembap kulit yang berkesan selama lebih 25 tahun, formula penjagaan kulit jenama itu menumpukan mekanisme pelembapan dan penghidratan,” ujarnya.

SESI tata rias dan teknik solekan menggunakan produk AmorePacific yang dikendalikan Ketua juruMekap Artis AmorePacific, Jason Lee.

SESI tata rias dan teknik solekan menggunakan produk AmorePacific yang dikendalikan Ketua juruMekap Artis AmorePacific, Jason Lee.

Beliau meneruskan penerangannya. Kata Kate, penyelidikan produk itu menggunakan teknologi Blossoming Energy sejak tahun1991 bagi menghasilkan produk berasaskan bunga-bungaan untuk penjagaan kulit secara semula jadi.

“Kajian itu bermula daripada amalan penanaman mesra alam dan kajian komparatif beratus jenis bunga. Setiap komponen diindeks selain kaedah pengekstrakan berbeza mengikut musim.

“Sudah menjadi keutamaan kami untuk mengembangkan lagi penyelesaian penjagaan kulit berdasarkan potensi semasa peringkat bunga mekar,” tambahnya.

Dalam pada itu, hubungan baik AmorePacific dengan Kepulauan Jeju yang terletak di Korea Selatan sejak 1979 membolehkan syarikat kosmetik terkemuka itu menghasilkan lebih banyak produk kecantikan yang pastinya datang daripada DNA dan warisan semula jadi.

Ditanya mengenai keistimewaan teknologi yang digabungkan dengan bahan semula jadi Jeju, Kate berkata: “Menjadi kepercayaan pihaknya bahawa produk yang baik adalah ditentukan daripada bahan berkualiti.

EMPAT teknologi penyelidikan berjaya dipatenkan bagi membuktikan kesungguhan AmorePacific dalam menghasilkan produk berkualiti.

EMPAT teknologi penyelidikan berjaya dipatenkan bagi membuktikan kesungguhan AmorePacific dalam menghasilkan produk berkualiti.

“Pastinya, jawapan untuk kecantikan yang sihat hanya boleh didapati daripada alam semula jadi. AmorePacific mengambil inspirasi Kepulauan Jeju selepas mengusahakan produk teh hijau pada tahun 1979.

“Hari ini, Amorepacific terus mengembangkan portfolio produk kecantikan semula jadi yang ditemui dan mendapati keunikan yang ada di Jeju mampu menggabungkan penemuan sains dan teknologi canggih.

Sasaran 2023

Bagi mengembangkan lagi pasaran, AmorePacific komited memperluaskan jangkauan runcit di bandar sasaran baharu demi menguatkan jenama portfolio dan mencipta pengalaman pelanggan baharu menjelang 2023.

Ketua Perniagaan Rantau Asia Pasifik (APAC) AmorePacific, Robin Na menjelaskan, pihaknya merancang untuk menyasarkan keuntungan 500 bilion KRW dengan pelaksanaan beberapa strategi terbaik.

Menurutnya, Amorepacific sedang mengkaji kemungkinan untuk mengembangkan lagi empayar ke negara lain seperti Myanmar dan Kemboja selepas Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia Vietnam serta Filipina.

“Seiring untuk memasuki pasaran baharu, Amorepacific juga mempercepatkan usaha untuk berkembang di kawasan bandar lain dengan mengambil strategi memfokus kedai di pusat bandar mega.

“Kami menjangkakan pembukaan sasaran outlet seperti di Pulau Pinang, Malaysia; Pattaya, Thailand termasuk Surabaya dan Medan di Indonesia menjelang tahun depan dengan matlamat meningkatkan jejak pasaran dan menjangkau lebih ramai pengguna,” katanya.

AMOREPACIFIC sedang mengkaji kemungkinan untuk mengembangkan lagi empayar ke negara lain seperti Myanmar dan Kemboja selepas Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia Vietnam serta Filipina.

AMOREPACIFIC sedang mengkaji kemungkinan untuk mengembangkan lagi empayar ke negara lain seperti Myanmar dan Kemboja selepas Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia Vietnam serta Filipina.

Ujarnya lagi, Amorepacific juga merancang untuk melancarkan jenama baharu secara aktif di setiap negara ASEAN selain sentiasa mengikuti trend pasaran keseluruhan dengan lebih teliti.

“Meskipun Amorepacific utuh dengan barisan jenama penjagaan kulit terkemuka seperti Sulwhasoo, Laneige dan Mamonde namun tetap komited mengembangkan jenama penjagaan rambut seperti Ryo dan Mise-en-scene.

“Selain itu, Amorepacific menandatangani perkongsian strategik dengan Lazada Group untuk menguatkan lagi saluran pengedaran digitalnya di pasaran ASEAN kerana masa depan bergantung kepada platform digital,” katanya.

PERKEMBANGAN kajian saintifik dan teknologi dipercayai menjadi faktor mendorong syarikat itu mampu melangkah ke hadapan sebagai syarikat terkemuka dunia.

PERKEMBANGAN kajian saintifik dan teknologi dipercayai menjadi faktor mendorong syarikat itu mampu melangkah ke hadapan sebagai syarikat terkemuka dunia.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *