Ford Ranger XLT 2.2L hadir penuhi gaya hidup lebih stail

Ford Ranger XLT 2.2L hadir penuhi gaya hidup lebih stail

BAGI menghargai pelanggan setianya di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah melancarkan model baharu Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas yang hanya dihasilkan dalam unit terhad.

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas itu hadir dalam warna Absolute Black dan Arctic White serta dilengkapi dengan dapra lebar (fender flare), kamera undur (rear view camera) dan penutup tonneau.

Untuk meningkatkan lagi tawaran gaya hidup Ranger tersebut, sistem infotainmen dinaik taraf dengan menggunakan skrin sesentuh bersaiz 9 inci yang lebih besar.

Jentera itu turut lengkapi dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome melalui sambungan hotspot agar perjalanan anda lebih seronok dan memudahkan.

Pelekat bercorak geometri diserikan pada bahagian kiri dan kanan trak itu untuk melengkapkan gaya sporty dan lasaknya.

RANGER itu juga hadir dengan ruang kabin yang luas dan selesa menjadikan ia kenderaan paling ideal untuk tugasan atau rekreasi.

RANGER itu juga hadir dengan ruang kabin yang luas dan selesa menjadikan ia kenderaan paling ideal untuk tugasan atau rekreasi.

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu menggunakan enjin Ford Duratorq 2.2L turbo diesel dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Ia mampu menghasilkan 160 PS dan daya kilas setinggi 385 Nm.

Antara kelengkapan lain untuk Ford Ranger XLT 2.2L termasuklah teknologi pintar dan fungsi keselamatan tercanggih seperti 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa Electric Power Assisted Steering yang ringan, lincah lampu daytime running lights dan lampu hadapan untuk penglihatan lebih terang.

Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak (harga atas jalan, tanpa insuran), Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu itu kini telah berada di semua bilik pameran Ford Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak, trak tersebut akan mula dipamerkan pada minggu ketiga Disember ini.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *