BERITA kehamilan Meghan Markle telah mengembirakan Putera Harry dan seluruh peminat putera kedua pewarisan takhta British itu.
Pengumuman itu telah dibuat Istana Kensington melalui akaun Instagram @kensingtonroyal.
Apa yang menariknya adalah fesyen hamil Meghan Markle yang tampak cantik dan kekal langsing meskipun beliau berbadan dua.
Pelakon wanita Amerika Syarikat yang terkenal dengan wataknya dalam Suits tetap cantik dan nampak berkeyakinan dalam setiap busana yang dipakai.
Walaupun hamil, sisi perutnya tidak menjadi tumpuan mata sebaliknya semua terpaku kepada kejelitaan dan busananya yang indah.
Femina kali ini kongsinya pakaian hamil milik wanita jelita itu:.
1) Dress tuksedo putih paras lutut
Meghan mengenakan pakaian tersebut ketika tiba di Courtenay Creative bersama suaminya untuk sebuah acara seni.
Beliau kelihatan sangat chic dan ayu dalam persalinan gaun tuksedo putih rekaan Maggie Marilyn.
Warna putih melambangkan kesucian, jadi sesuai sangat dengan kedudukannya sebagai isteri kerabat diraja.
2) Dress hitam paras lutut
Dress hitam menjadi pilihan Meghan ketika bersama suaminya menghadiri satu majlis rasmi bersama Perdana Menteri dan pemimpin Oposisi New Zealand, Simon Bridges serta ulangtahun ke-125 Gubernur Dame Patsy Reddy.
Meghan terlihat sangat anggun dengan mengenakan gaun Gabriela Hearst bersama rantai leher tradisional Māori.
3) Dress biru casual berbutang
Warna biru menjadi pilihan Meghan ketika hadir ke majlis memperingati Tupou College Boys, yang merupakan sekolah menengah tertua di Pasifik yang didirikan oleh seorang misionaris Inggeris pada tahun 1866.
Pada acara itu Meghan kelihatan sangat manis dan ekslusif dalam persalinan yang berbutang.
Dress yang dilengkapi dengan tali di pinggang ini juga membuatkan penampilan Meghan makin mempesona.
4) Dress merah lengan panjang
Merah selalunya dikaitkan dengan keberanian. Ya, Meghan sememangnya wanita berani apabila memilih warna itu ketika hadir di satu program di Fiji.
Gaun merah berlengan panjang dengan corak floral itu menampakkan beliau wanita yang hebat. Beliau cuba membuktikan bahawa wanita hamil tidak perlu takut untuk bermain dengan warna.
Dress berwarna merah membuatkan penampilan Meghan penuh bergaya ketika berjalan bersama suaminya ke program berkenaan.
5) Dress floral sutera
Meghan kelihatan santai dalam persalinan dress floral sutera ketika bersama suami mengunjungi Universiti Pasifik Selatan di Suva.
Corak bunga-bungaan kecil berwarna biru pada dress Megan kelihatan ‘match’ dengan kemeja polos Putera Harry sekaligus menampakkan kedua-duanya sedondon.
Tali yang diikat pada bahagian pinggangnya tetap menampakkan tubuhnya yang langsing. Seri wajah wanita yang sedang hamil itu tetap menyerlah.
6) Gaun labuh biru
Warna biru menyerlahkan lagi kelembutan pelakon wanita terkenal itu. Dia mengenakan persalinan itu ketika bersama suaminya menghadiri acara makan malam dengan Presiden Fiji, Jioji Konrote di Grand Pacific Hotel di Suva.
Meghan terlihat anggun dalam balutan gaun labuh hasil rekaan pereka fesyen, SAFiYAA. Dress tersebut tampak lebih manis dengan tambahan kepak di bahagian punggung.
Walaupun perutnya sedikit menyerlah, namun fesyen itu berjaya menjadi tumpuan ramai.
7) Dress bergaris tanpa lengan
Kebiasaannya corak menegak boleh memberikan impak kurus kepada si pemakai. Ya Megan telah mengenakan dress bercorak tersebut ketika tiba di Pulau Fraser bersama suami. Kedua-duanya disambut Perdana Menteri Queensland.
Megan kelihatan ramping ketika mengenakan dress tersebut. Tali tambahan pada bahagian pinggang dan kacamata hitam yang dipakai membuatkan penampilannya mempunyai kelas yang tersendiri.