Encomas tawan hati pelanggan

Encomas tawan hati pelanggan

SEJAK mula ditubuhkan 20 tahun yang lalu, Syarikat Encomas yang berpusat di Alor Setar, Kedah ini masih berpegang pada prinsip yang sama iaitu menjadikan pelanggan gembira serta berpuas hati dengan rumah yang dibina dan dijual kepada mereka.

Justeru, tidak hairanlah mengapa setiap unit rumah di bawah Encomas akan habis terjual dalam tempoh yang singkat bermula dari tarikh ia dilancarkan.

Pengarah Urusan Encomas, Datuk Rick Cheng berkata, mereka sangat menitikberatkan kualiti dan sentiasa berusaha membina kediaman yang praktikal serta mampu dimiliki untuk golongan yang berpendapatan rendah.

Rick Cheng menyembahkan cenderamata Harumango kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai tanda kenangan.

Rick Cheng menyembahkan cenderamata Harumango kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai tanda kenangan.

Menurutnya, sebagai contoh, harga bagi rumah teres di bawah kategori rumah mampu milik ditawarkan pada harga serendah RM190,000 dengan kelengkapan tandas dan tiga bilik tidur.

“Kami faham keputusan membeli rumah melibatkan peruntukan yang besar bagi sesetengah individu. Jadi, kami mahu pelanggan berasa puas hati dengan pembelian yang mereka lakukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Encomas juga menitikberatkan setiap aduan yang diterima oleh pelanggan terutamanya berkaitan masalah yang dihadapi selepas mereka menerima kunci rumah.

Bagi mengekalkan kualiti, setiap isu yang dibangkitkan oleh pembeli diambil berat supaya pelanggan tidak berdepan dengan masalah kemudian hari.

“Tindakan ini membuktikan Encomas sentiasa menjaga kepuasan pelanggan dan menghargai pengorbanan mereka yang telah melaburkan wang dalam jumlah yang besar untuk membeli rumah,” katanya yang merupakan generasi ketiga dalam industri pembinaan.

Rick Cheng ketika menerima anugerah Malaysia Property Award 2019 atas kejayaan yang dicapai Syarikat Encomas.

Rick Cheng ketika menerima anugerah Malaysia Property Award 2019 atas kejayaan yang dicapai Syarikat Encomas.

Katanya, sebagai sebuah syarikat yang berasaskan keuntungan, mereka juga tidak terkecuali menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu komuniti setempat.

“Memandangkan kami adalah sebuah syarikat hartanah dan pembinaan, kami mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti CSR dalam bidang berkaitan antaranya membaik pulih jeti di Pekan Cina dan juga membina surau di beberapa lokasi.

“Walaupun beroperasi sebagai sebuah syarikat bukan Islam, namun program CSR kami tidak hanya tertumpu kepada sesuatu bangsa sahaja.

“Untuk pembinaan surau saya akan dapatkan pandangan dan kebenaran daripada imam surau yang terlibat supaya tidak timbul isu di kemudian hari.

“Setakat ini, terdapat empat surau yang dijalankan di bawah projek CSR iaitu dua daripadanya dibina sepenuhnya oleh Ecomas dan dua lagi menerusi sumbangan bahan binaan kerana terbengkalai terlalu lama,” katanya.

Sempena ulang tahun yang ke 20 Encomas, beliau berharap setiap rumah yang dibina oleh syarikat mereka sama ada jenis mampu milik, sederhana mewah atau mewah akan terus menjadi pilihan penduduk di negeri Perlis dan Kedah.

Encomas turut melebarkan sayap perniagaan mereka menerusi bidang lain antaranya Ladang Harumango di Chuping, Perlis dan pembukaan Caffe Diem di Pekan Cina, Alor Setar, Kedah.

“Pada Jun tahun lalu, Encomas melalui Caffe Diem telah memenangi FIABCI World Prix D’Excellence Award untuk kategori Bangunan Warisan Terbaik Dunia 2019. Saya hadir untuk menerima anugerah berkenaan di Moscow.

“Ini merupakan anugerah pertama yang diterima oleh Kedah di peringkat antarabangsa dan pengiktirafan ini sudah semestinya menjadi satu platform untuk kami cuba melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Melihat sambutan baik yang kami terima untuk Caffe Diem, satu cawangan dicadangkan dibuka di Perlis selepas ini,” katanya yang menerima lebih 30 anugerah berprestij atas pencapaian syarikatnya.

Caffe Diem memenangi anugerah FIABCI World Prix D’Excellence Award untuk kategori Bangunan Warisan Terbaik Dunia 2019 yang diadakan di Moscow.

Caffe Diem memenangi anugerah FIABCI World Prix D’Excellence Award untuk kategori Bangunan Warisan Terbaik Dunia 2019 yang diadakan di Moscow.

Rick Cheng berkata, ketika negara dilanda pandemik Covid-19, syarikatnya turut terlibat menyumbang makanan kepada petugas barisan hadapan di pusat kuarantin di negeri ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Ini adalah sebahagian usaha kami untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi pandemik berkenaan di negeri ini,” katanya.

Anugerah yang diterima Encomas:

2020: MyCREST Award – 3 STAR

2020: Penghargaan Kecemerlangan Komuniti MBAS

2019: GreenRE Platinum Award

2019: FIABCI World Prix D’Excellence Award – World Silver Winner

2018: Malaysia Property Award

2018: The Brandlaureate Award

2017: The Best Contractor Award Grade G5 CIDB (Special Mention)

2017: Green Construction Award CIDB (Special Mention)

2017: PAM Award Silver

2017: Anugerah Pemuliharaan Bangunan Warisan MBAS

2017: BCI Asia Interior Design Awards

2017: Asia Pacific Property Awards

2016: GreenRE Silver Award

2016: PUMM 3rd Top 50 Enterprise Award

2015: Asia Pacific Property Awards

2014: Golden Eagle Award

2014: IAIR Award

2013: The Excellence of Achievement Award

2013: Sin Chew Business Excellence Award

2011: Asia Responsible Entrepreneurship Awards

2011: Asia Pacific International Honesty Enterprise Award

2010: SME 100 Awards

2010: SME Recognition Award

2010: Golden Bull Award

2010: Asia Pacific Top CEO Award

2010: Asia Pacific Entrepreneurship Award

2010: Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award

2009: SME Recognition Award



Sumber