Enam tip asas sebelum bercuti ke pulau

Enam tip asas sebelum bercuti ke pulau

BERCUTI di pulau amat menyeronokkan. Anda bukan sahaja dapat melepaskan tekanan bahkan juga dapat menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan yang amat cantik. Contohnya, Pulau Tioman, Pulau Mabul, Pulau Perhentian dan sebagainya.

Namun sebelum ke sana, anda perlu melakukan persiapan rapi agar anda rasa selesa, kesihatan badan dan kulit juga terjamin. Di pulau, cuacanya agak panas dan pergerakan anda juga terbatas. Jadi, Femina kongsikan enam tip buat anda yang mahu ke sana.

1) Minum air mineral dengan banyak

Bawa air mineral sebagai persediaan kerana cuaca di sana cukup panas. Jika air tidak mencukupi dalam badan, anda akan rasa sakit kepala dan berhadapan dengan pelbagai simptom. Jadi, elakkan badan daripada dehidrasi, silap-silap anda boleh demam.

2) Pilih pakaian yang sesuai

Bila menjelajah ke pulau, anda akan banyak berjalan. Jadi bawa selipar yang sesuai, sebaiknya jenis getah. Elakkan memakai selipar atau kasut tumit tinggi kerana ia membuatkan anda rasa tidak selesa. Baju pula pakai yang ringkas dan selesa, terutamanya daripada kain jenis kapas.

3) Bawa krim pelindung cahaya matahari (sunblock/sunscreen)

Pemakaian krim ini penting bagi mengelak kulit anda mudah menggelupas, melecet dan terbakar (sunburn). Pilih krim yang mempunyai SPF yang tinggi. Meskipun anda pergi ke pulau dua tiga hari, kesan terbakarnya umpama anda berada di pulau lebih dua minggu. Ingat, 90 peratus aktiviti yang best di pulau semuanya outdoor.

4) Bawa casing kalis air

Casing jenis itu penting bagi menyelamatkan telefon bimbit anda daripada dimasuki air tatkala merakam keindahan pantai dan sebagainya. Jika dah dimasuki air, sendiri mahu ingat!

5) Sediakan wang yang lebih

Seperti kita tahu, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) jarang ada di pulau-pulau kecil melainkan Pulau Langkawi. Jadi, anda kena bawa wang yang lebih sebagai persediaan untuk sebarang kes kecemasan.

6) Jaket keselamatan

Tak kisahlah jika anda pandai berenang atau perenang amatur. Namun begitu, aspek keselamatan harus diutamakan. Sebarang kemungkinan boleh berlaku jika anda lalai.

Selamat bercuti!



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *