Elak kanser payudara sebelum merebak

Elak kanser payudara sebelum merebak

Tip Sihat

DIANGGAP sebagai pembunuh utama golongan Hawa, kanser payudara sememangnya penyakit yang sangat digeruni.

KANSER payudara pembunuh utama golongan hawa.

KANSER payudara pembunuh utama golongan hawa.

Masakan tidak, berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2016, kanser payudara dilaporkan telah menyumbang sebanyak 32.1 peratus punca kematian, ketiga tertinggi di hospital kerajaan di negara ini.

Pada masa sama, kadar hidup pesakit menunjukkan lima tahun selepas diagnosis di Malaysia iaitu 60 peratus berbanding Singapura 80 peratus dan Hong Kong 87 peratus.

Jika diperhatikan, kanser payudara bermula apabila sel pada bahagian itu mula tumbuh tanpa kawalan. Sel biasanya membentuk tumor boleh dilihat melalui sinar X (X-ray) mamogram atau dirasa jika terdapat benjolan.

Tumor kanser membiak dalam tisu dan boleh merebak ke kawasan tubuh badan yang lain.

Mengulas lanjut tentang kanser payudara, Pakar Kanan Bedah Payudara yang juga Pengarah Institut Penyelidikan Kanser Universiti Malaya, Prof Dr Nur Aishah Mohd Taib memberitahu, kanser payudara disebabkan pelbagai faktor seperti pemakanan, aktiviti fizikal dan keadaan sekeliling.

Faktor-faktor itu sukar untuk dikenalpasti. Namun begitu, pemakanan yang sihat dan membuat senaman dapat mengurangkan risiko.

Justeru, penting untuk kaum wanita melakukan pemantauan.

Ikuti tip kesihatan dikongsikan Dr Nur Aishah untuk memastikan kanser payudara dikawal daripada merebak. Antaranya ialah:

1. Bertindak cepat

Hilangkan rasa takut dan bertindak cepat apabila mengalami simptom kanser payudara seperti perubahan struktur, payudara membengkak, benjolan pada bahagian ketiak, lengan dan payudara. Pada peringkat awal ia tidak berasa sakit.

Berjumpa doktor. Pengesanan awal boleh mencegah risiko kanser serius yang pastinya memerlukan lebih banyak kos rawatan untuk kemoterapi dan sebagainya.

2. Saringan mamogram

Salah satu punca kanser disebabkan usia meningkat. Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko adalah dengan menjalani saringan mamogram setiap dua tahun.

3. Pemeriksaan genetikSekiranya mempunyai sejarah keluarga, lakukan pemeriksaan darah untuk gen BRCA1 dan BRCA2. Mengurangkan risiko dan pengesanan awal dengan mamogram dan magnetic resonance imaging boleh dilakukan ketika usia muda.

Apabila anda mempunyai ramai ahli keluarga mempunyai sejarah menghidap kanser seperti kanser payudara dan ovari, ia boleh terjadi kepada ahli keluarga lain sebelum mencapai umur 50 tahun.

SENTIASA membuat pemeriksaan sendiri di sekitar payudara.

SENTIASA membuat pemeriksaan sendiri di sekitar payudara.

4. Kenal pasti ketulan kanser

Ketulan kanser selalunya berasa keras dan sukar digerakkan seperti biji benih lemon. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Ketulan itu boleh diperiksa sendiri dengan merasa menggunakan jari bermula dari ketiak ke tulang selangka dan tulang rusuk yang bawah sekali.

Untuk mengetahui secara lebih tepat, buat pemeriksaan mamogram secara berjadual iaitu setiap satu hingga dua tahun sekali.

5. Merujuk pakar profesional

Pesakit harus sedar vitamin dan ubatan tradisional tidak boleh mencegah dan merawat kanser. Pesakit harus mendapatkan rawatan dan merujuk ahli profesional.

Jangan mudah terpedaya dengan produk makanan tambahan yang menjanjikan penyembuhan dan manfaat kesihatan hingga tidak menerima rawatan di hospital kerana beranggapan ubat moden tidak selamat.

ANEKDOT

12 tanda kanser payudara:

1. Berasa tebal dan keras

2. Payu dara berbentuk lesung pipit

3. Puting berkerak

4. Kemerahan atau panas

5. Lelehan luar biasa

6. Luka di kulit

7. Benjolan

8. Urat menonjol

9. Puting ke dalam

10. Saiz atau bentuk bar

11. Kulit seperti buah limau berkedut

12. Ketulan keras.

Jika mengesan sesuatu usah risau, perubahan itu mungkin normal. Sekiranya tidak hilang jadilah orang bijak tunjukkan kepada doktor.

Sumber: knowyourlemons.com

Tip pencegahan lain:

– Ketahui sejarah keluarga dan faktor risiko untuk menangani kanser payudara.

– Kekalkan berat badan yang sihat melalui pemakanan sihat.

– Menjaga pemakanan seperti mengambil hidangan protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang.

– Kurangkan makanan proses seperti burger, nuget dan pastikan cukup protein yang berkualiti seperti ikan, ayam, daging serta sumber protein dari tumbuhan seperti tempe dan kacang soya juga pilihan yang sihat.

– Tingkatkan aktiviti fizikal untuk mendapat tubuh yang kuat dan berdaya tahan.

– Amalkan pengambilan serat melalui buah buahan, sayuran segar dan air kosong untuk membantu melancarkan pergerakan usus, mengelak masalah sembelit serta membantu menurunkan berat badan.

– Elak minuman manis.

– Dapatkan sokongan emosi dan bantuan dari ahli keluarga dan rakan sekiranya memerlukan.

Profil

DR Nur Aishah

DR Nur Aishah

Prof Dr Nur Aishah Mohd Taib merupakan Pakar Kanan Bedah Payudara yang juga Pengarah Institut Penyelidikan Kanser Universiti Malaya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *