Dua misi ke Jepun jana potensi pelaburan RM29.6 bilion, eksport RM2.8 bilion – MITI

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

KUALA LUMPUR – Dua misi ke Jepun yang diadakan sejak Jun 2023 berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataannya hari ini berkata, misi berkenaan juga menjana potensi pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM6.6 bilion dan eksport bernilai RM700 juta menerusi misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun baru-baru ini.

“Misi menerusi usaha agensi-agensi MITI, pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun di sini dengan delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“MITI dan agensi-agensinya telah mengatur mesyuarat meja bulat antara Perdana Menteri dan 25 pemimpin industri Jepun selain mesyuarat berasingan dengan ROHM Wako, NEC Corporation dan Mitsui & Co Ltd,” katanya.

Sumber