Dua cara semula jadi halau lalat

Dua cara semula jadi halau lalat

KEHADIRAN lalat memang merimaskan. Ia bukan sahaja mengganggu suasana tenang anda untuk menikmati makanan, bahkan juga boleh membawa penyakit jika makanan anda dihinggapinya.

Pun begitu, anda jangan risau. Cuba halau lalat dengan dua cara semulajadi ini. Mana tahu ia menjadi. Selamat mencuba ya!

1) Limau purut dan cengkih

Seperti kita tahu, limau purut dan cengkih berfungsi mengeluarkan aroma yang wangi jika disimpan di bahagian dapur atau bilik.

Gunakan gabungan bahan ini untuk menghalau lalat.

Caranya cukup mudah, potongkan limau purut atau limau nipis atau lemon kepada dua bahagian.

Cucukkan cengkih pada limau dan letakkan di tempat yang mahu menghalau nyamuk.

Cucukkan cengkih pada limau dan letakkan di tempat yang mahu menghalau nyamuk.

Kemudian, cucuk cengkih pada limau dan biarkan limau ia di atas meja makan atau di mana-mana kawasan yang banyak lalat.

Selain lalat, kaedah ini juga mampu menghalau nyamuk.

2) Serai wangi

Caranya mudah, ambil segenggam serai wangi, bersihkan dan toskan. Kemudian kisar secara kering. Selepas itu, campurkan pes itu ke dalam secawan air dan biarkan semalaman.

Keesokannya, tapis hampas dan masukkan ke dalam botol semburan.

Semburkan ia pada tingkap dan pintu rumah supaya lalat tidak datang dekat.

Atau paling mudah, beli essential oil yang sedia dijual dengan aroma serai (lemongrass). Ia mampu juga menghalau lalat.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *