DPMM KL umum inisiatif baharu pacu pertumbuhan ekonomi Melayu

DPMM KL umum inisiatif baharu pacu pertumbuhan ekonomi Melayu

Sebahagian daripada ahli jawatankuasa DPMM Kuala Lumpur bagi penggal 2023-2026.

Sebahagian daripada ahli jawatankuasa DPMM Kuala Lumpur bagi penggal 2023-2026.

[DIKEMAS KINI] DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur mengumumkan beberapa inisiatif baharu untuk memacu pertumbuhan ekonomi Melayu.

DPMM Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, ini juga termasuk program latihan selain menumpukan kumpulan, program pengembangan perniagaan, serta kempen promosi perniagaan yang lebih aktif di media sosial.

Menurutnya, lebih 60 ahli menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Kuala Lumpur yang diadakan pada 17 April lalu.

“Dalam mesyuarat agung ini, beberapa isu penting telah dibincangkan termasuk strategi untuk meningkatkan perniagaan industri kecil dan sederhana dalam era digital yang semakin berkembang, pemerkasaan usahawan Melayu dan peningkatan jaringan perniagaan di dalam serta luar negara.

“Selain itu, mesyuarat agung ini juga menjadi platform untuk memilih jawatankuasa baharu DPMM Kuala Lumpur.

“Terdapat beberapa calon lama dan baharu untuk barisan jawatankuasa bagi penggal 2023-2026,” katanya.

Dalam pada itu, DPMM Kuala Lumpur berharap mesyuarat agung berkenaan dapat memberi impak yang positif dalam memperkukuhkan perniagaan dan memacu pertumbuhan ekonomi Melayu secara berterusan.

“Dengan selesainya Mesyuarat Agung Tahunan, DPMM Kuala Lumpur bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan semua pemegang taruh yang relevan dengan masyarakat perdagangan dan perindustrian seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta lain-lain agensi kerajaan,” katanya.

Sumber