Alamat : 76 Taman Wangsa Jaya, Taman Wangsa Jaya, 35500 Tg. Malim, Perak.
Telefon : 019-221 1662 (Hakim), 017-353 2022 (Hana )
Faks : 05-458 4625
Teratak Riverview terletak di Kampung Lubok Nibong, Ulu Bernam, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak hanya 4 km dari Tanjung Malim dan 60 km dari Kuala Lumpur. Teratak Riverview ini dikelilingi oleh alam semulajadi serta Sungai Bernam yang jernih ditambah dengan pelbagai spesis burung dan rama-rama. Pemandangan Banjaran Titiwangsa dari Teratak Riverview merupakan satu fenomena yang tidak mungkin dilupakan pengunjung. Teratak Riverview merupakan destinasi utama bagi pengunjung untuk mengadakan aktiviti-aktiviti pada hujung minggu atau ketika percutian.
Penginapan dan kemudahan yang disediakan adalah Chalet, Tapak perkhemahan, Hostel, ruang makan, kemudahan peralatan dan kelengkapan memasak, dan kemudahan mengadakan barbeque.
Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini adalah Jungle Treking, Paint Ball, Flying Fox, Memancing, Jambatan Gantung, Melihat Burung dan Rama-Rama, Sukan Pemotoran 4 x 4, Night Walk, Tubing dan Perkhemahan.