DirectD jamin bayaran balik jika aplikasi popular tak beroperasi

DirectD jamin bayaran balik jika aplikasi popular tak beroperasi

RANTAIAN runcit telefon Malaysia, DirectD, melancarkan kempen jaminan pelanggan ke atas pembelian peranti Huawei di mana-mana premis DirectD dan laman web rasmi.

Kempen itu menawarkan bayaran balik penuh ke atas produk Huawei jika Google Play Store, Google Apps seperti Google Maps, Gmail, YouTube, dan aplikasi popular seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp gagal beroperasi dalam tempoh setahun selepas pembelian.

DirectD beroperasi di Subang Jaya, Petaling Jaya, Publika (Kuala Lumpur), Kajang, Sungai Buloh, Wangsa Maju, Kota Bahru (Kelantan), 1 Utama, dan kedai yang akan dibuka di Kuala Terengganu (Terengganu).

DirectD mematuhi sepenuhnya dasar-dasar kawal aturan ke atas semua peranti mudah alih dan aksesori. Pelanggan dijamin bahawa semua peranti diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan dapat ditentusahkan menerusi program ‘Check Your Label’. – Bernama

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *