Daniel Swarovski genius kristal

Daniel Swarovski genius kristal

KILAUAN yang sangat indah daripada kaca kristal Swarovski pasti akan memikat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sejarah Swarovski bermula daripada seorang budak kampung yang impian awalnya ingin menjadi pemain biola.

Daniel Swarovski ialah pengasas kepada perniagaan Swarovski yang masih relevan dalam pasaran sejak 124 tahun lalu. Dia dilahirkan pada 24 Oktober 1862 di sebuah perkampungan kecil di Georgenthal yang terletak di Utara Bohemia, Republik Czech.

Perkampungan kecil itu amat terkenal dengan penghasilan kristal termasuklah keluarga Swarozski turut terlibat secara langsung dalam pemprosesan kaca. Bapanya memiliki sebuah bengkel kecil dan di situlah sumber pendapatan utama keluarganya.

Syarikat gergasi Swarovski sudah bertapak dalam bidang kristal dan penghasilan barang kemas sejak tahun 1895 di Austria.

Bermula dengan penubuhan kilang dan syarikat, DS & Co yang bermaksud Daniel Swarovski dan Syarikat pada tahun 1895. Syarikat itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Swarovski pada tahun 1988 dan menggunakan simbol angsa sebagai logo dengan operasi ibu pejabatnya terletak di Wattens, Austria.

Kegigihan lelaki ini membina empayar niaga tidak sia-sia. Sehingga kini, Swarovski terus berkilau memukau wanita dari seluruh dunia sekali gus membuktikan Daniel Swarovski memang genius kristal!



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *