Cuci berus solekan sebulan sekali

Cuci berus solekan sebulan sekali

BILAKAH kali terakhir anda mencuci set berus solekan? Rutin mencuci berus wajar dittikberatkan, apatah lagi ia digunakan pada permukaan kulit wajah.

Jika helaian bulu berus tidak dibersihkan dengan baik, bimbang mendatangkan implikasi pada kulit wajah.

Tiada gunanya solekan tampak sempurna, tetapi kondisi kulit wajah tidak sihat.

Justeru, Femina kali ini berkongsi tip ringkas penjagaan berus solekan.

1 Simpan set berus di dalam beg khas yang mempunyai poket mengikut saiz setiap berus.

2 Cuci berus menggunakan syampu khususnya syampu bayi pada setiap bulan atau dua bulan sekali. Ia bergantung pada kekerapan anda menggunakan berus solekan berkenaan.

3 Keringkan set berus yang telah dicuci di atas tuala kering dan bersih. Kemudian, simpankan ia di tempat yang tidak memerangkap habuk.

Selamat mencuba!





Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *