CTIM umum Chee Yen sebagai presiden, Lian Seng timbalan presiden

CTIM umum Chee Yen sebagai presiden, Lian Seng timbalan presiden

KUALA LUMPUR – Institut Percukaian Malaysia (CTIM) memilih Chow Chee Yen sebagai presiden baharu manakala Soh Lian Seng sebagai timbalan presiden semasa mesyuarat agung tahunan kali ke-30 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan CTIM, Chee Yen menggantikan Farah Rosley yang telah menerajui majlis itu selama tiga penggal.

Chee Yen memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam industri dan kini merupakan pengarah eksekutif kanan Grant Thornton Malaysia, menurutnya.

CTIM menambah, beliau ialah Ahli Felow Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (FCCA), akauntan berkanun Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta lulusan peperiksaan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Lian Seng yang mempunyai pengalaman profesional lebih 25 tahun pula merupakan ketua amalan KPMG Tax Services di Malaysia, jelasnya. – Bernama

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber