Ciri praktikal Hankook Ventus Prime 3

Ciri praktikal Hankook Ventus Prime 3

PENGELUAR tayar terkemuka, Hankook kini memperkenalkan model tayar terbarunya untuk pasaran tempatan dikenali sebagai Hankook Ventus Prime 3 (K125).

Tayar baharu tersebut disifatkan sebagai tayar prestasi tinggi ultra. Mampu memberikan keseimbangan antara prestasi serta keselamatan, ia bagi memenuhi keperluan gaya pemanduan antara sisi sport juga keselesaan.

Namun begitu, K125 tidak direka khusus untuk prestasi. Tayar tersebut turut mempunyai ciri praktikal yang popular seperti terdapat pada Ventus V12 evo2.

Dalam kenyataan medianya, tayar baharu itu antara lain dikatakan menjadi pilihan OEM di Eropah dan digunakan pada model seperti Ford Focus Active dan Citroen C3 Aircross.

“Rekaan corak bunga mengambil kira kecekapan dan cengkaman jalan basah dengan bercirikan rekaan tiga bahagian luas untuk lebih sentuhan pada permukaan jalan menggunakan silika sebagai bahan utama.

“K125 juga disifatkan terbaik untuk cengkaman dan rintangan golek manakala bahagian dinding tayar direka kukuh serta jangka hayatnya mampu bertahan lebih lama,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, posisi alur utama yang dioptimumkan juga berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising walaupun sudah lama dipakai, manakala kompaun silika memberikan tahap cengkaman yang lebih tinggi dan rintangan putaran yang lebih rendah.

Dengan adanya ciri-ciri luar biasa tersebut, K125 telah mendapat pengiktirafan Auto Bild, Red Dot dan Kelab Automobil German (ADAC).

Untuk pasaran tempatan, Ventus Prime 3 K125 boleh didapati dalam saiz 15 hingga 18 inci bagi kenderaan penumpang.

Sementara itu, bagi SUV ia ditawarkan dengan saiz 18 dan 19 inci. Harga bermula daripada RM180 sebiji.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *