Chicken Cordon Bleu – Sinar Harian

Chicken Cordon Bleu – Sinar Harian

HIDANGAN chicken gordon bleu yang enak dimakan bersama salad campuran segar dan kentang lenyek. Foto: www.serimurni.com.my/recipes

HIDANGAN chicken gordon bleu yang enak dimakan bersama salad campuran segar dan kentang lenyek. Foto: www.serimurni.com.my/recipes

BAHAN-BAHAN A:

300g ubi keledek (dipotong dan direbus)

¼ sudu teh serbuk lada putih

¼ sudu teh garam

BAHAN-BAHAN B:

2 dada ayam dianggarkan sekeping 200 (kulit dan tulang dibuang)

2 keping ayam salai (chicken ham slice)

4 keping keju cheddar 30g bayam muda

120g tepung Blue Key

½ sudu teh garam

1 sudu teh serbuk paprika

1 sudu teh serbuk lada putih

2 biji telur

60ml susu soya V-Soy Original

125g serbuk roti

6 sudu teh Minyak Masak Sayuran Seri Murni Pure

BAHAN-BAHAN C:

100g salad campuran segar

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Langkah pertama

a) Leyek dan gaul sebati ubi keledek bersama garam dan lada putih. Tepikan seketika.

Langkah kedua

a) Belah dada ayam seperti bentuk rama-rama dan ketuk isi dagingnya

b) Kemudian, letakkan ayam salai, keju cheddar, bayam muda di atas kepingan dada ayam lalu gulungkan dan sepit menggunakan tiga batang pencungkil lidi.

c) Selepas itu, balut ketat menggunakan helaian plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Langkah ketiga

a) Tuangkan tepung Blue Key di dalam bekas kaca, masukkan garam, serbuk paprika dan serbuk lada putih lalu gaul sebati.

b) Pecahkan telur dan kacau bersama susu soya V-Soy Original

Langkah keempat

a) Letakkan ayam yang telah disejukkan di dalam adunan tepung.

b) Kemudian, lumurkan di dalam telur dan serbuk roti.

c) Selepas itu, goreng menggunakan Minyak Masak Sayuran Seri Murni Pure sehingga kuning keperangan.

d) Selesai menggoreng, bakar ayam tersebut di dalam ketuhar selama 25 minit (panaskan suhu terlebih dahulu 170 darjah Celsius)

Langkah kelima

a) Sedia untuk dihidang bersama salad campuran segar dan kentang lenyek.

Sumber: /www.serimurni.com.my/recipes

Sumber