Celcom tawar penjimatan hebat dan internet tanpa had

Celcom tawar penjimatan hebat dan internet tanpa had

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menawarkan tawaran eksklusif untuk Ramadan dan raya ini dengan penjimatan dan nilai terhebat melalui pelan pascabayar Celcom MEGA, pelan Celcom MAX serta pelan Celcom Xpax.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, bermula 15 April 2022, semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom yang baharu dan sedia ada boleh menikmati pelan yang telah ditambahbaik.

Menurutnya, Celcom menawarkan penjimatan hebat dengan kesalinghubungan internet tanpa had, membolehkan seluruh keluarga Malaysia menikmati keseronokan yang berterusan serta kekal berhubung dengan orang yang tersayang tidak kira di mana mereka berada.

“Menerusi Pelan Keluarga Celcom MEGA bermula pada 15 April 2022 hingga 30 Jun 2022, pelanggan akan menikmati penjimatan peranti sehingga RM1,999, penjimatan pelan Pascabayar Keluarga sehingga RM720 untuk enam bulan dan penjimatan RM21/sebulan selama seumur hidup dengan kesalinghubungan kediaman dan fiber.

“Pelanggan juga mempunyai akses percuma untuk pelbagai platform hiburan seperti Viu dan IQiyi, melalui Video Walla+, Diskaun daripada Shopback, Texas Chicken, Zalora, Petronas, FoodPanda dan banyak lagi secara eksklusif melalui aplikasi Celcom Life,” jelas kenyataan itu pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, melalui pelan prabayar dan pascabayar Celcom Xpax juga telah ditambahbaik bagi menawarkan pelanggan dengan kelajuan lebih pantas, lebih keseronokan, lebih hiburan dan ganjaran.

Loo Fun

Loo Fun

“Bermula 2 April 2022 sehingga 31 May 2022, pelanggan berpeluang memenangi ganjaran hebat apabila mereka melanggan sebarang pelan pascabayar, prabayar atau pelan kediaman melalui Celcom Online Shop.

“Ganjaran tersebut termasuklah rebat pelan sehingga RM480 dengan Celcom MEGA Family Lines, kredit e-dompet Touch n’ Go, alat peranti fon telinga dan smart tag daripada Samsung dan Huawei,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bermula 15 April 2022, Celcom turut memperkenalkan video Raya Celcom di YouTube bertajuk ‘Syukur 1 Syawal’, mengisahkan tentang Danish, berusia 11 tahun yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama sanak saudaranya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggannya, Chee Loo Fun berkata, Celcom telah bersedia untuk menjadikan sambutan raya tahun ini lebih bermakna dan memberi kesan kepada rakyat Malaysia kerana mereka boleh terus berkongsi detik perayaan kegemaran mereka secara digital dengan tawaran eksklusif Celcom yang memberi penjimatan hebat untuk seluruh keluarga mereka.

“Dengan tawaran Ramadan dan raya yang terbaharu, pelanggan boleh mendapatkan peranti 5G terkini, nikmati penjimatan hebat untuk seisi keluarga dan kekal terhubung walau di mana sahaja mereka berada.

“Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan rangkaian yang konsisten dan boleh dipercayai kepada pelanggan dengan liputan terluas di seluruh negara,” katanya.

Sumber