Celcom lancar pelan pascabayar inovatif Mega

Celcom lancar pelan pascabayar inovatif Mega

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) melancarkan pelan pascabayar inovatif terbaharu iaitu MEGA.

Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Celcom Axiata Berhad, Roy Ong berkata, ia merupakan pelan pascabayar pertama di Malaysia yang menawarkan pengguna fleksibiliti untuk memilih pengalaman internet berdasarkan pilihan penggunaan data, sama ada akses kepada kuota tanpa had atau kelajuan terpantas melalui rangkaian terluas negara.

“Salah satu ciri inovatif Mega adalah membolehkan pengguna untuk menukar kuota internet mereka yang tidak digunakan kepada ganjaran tunai pada setiap pengakhiran kitaran bil dan memberikan lebih nilai kepada pembelian mereka.

“Penawaran inovatif seumpama ini adalah pertama di Malaysia yang mana ia membenarkan kuota internet tidak digunakan ditukar kepada ganjaran tunai di e-dompet Boost dengan 10GB data bersamaan RM5,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, pelan pascabayar Celcom Mega ditawarkan dengan kuota Internet 30GB pada RM80 sebulan dengan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian.

“Pengguna memiliki kebebasan untuk memilih add-ons, sama ada Internet Mudah Alih Tanpa Had RM18 sebulan atau Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi.

“Ciri utama Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi ialah kuota internet yang tidak digunakan boleh ditukar dengan ganjaran tunai melalui e-dompet Boost serta perayauan percuma di 12 negara, dengan pelan tertinggi pada RM188,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *