Cawangan bertaraf 4S Audi Setia Alam

Cawangan bertaraf 4S Audi Setia Alam

AUDI Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai satu jenama kenderaan mewah sporty dari Jerman dengan pembukaan pusat pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) baharunya yang terletak di Setia Alam, Selangor.

Dengan keluasan hampir 60,000 kaki persegi dan turut menampilkan konsep binaan Audi Terminal. Fasiliti bertaraf 4S setinggi empat tingkat itu juga turut menampilkan identiti korporat terkini termasuk khidmat jualan, servis, alat ganti dan ruang cat.

Menurut Ketua Jabatan Audi Malaysia, Markus Schuster, pada tahun ini, Audi telah mengembangkan portfolio modelnya di Malaysia dengan memperkenalkan barisan SUV terkini iaitu siri kompak Q2 hinggalah ke saiz penuh Q8.

“Kami juga memperkenalkan sedan premium terkini seperti Audi A6, A7 Sportback dan Audi A8.

“Kerjasama bersama rakan kongsi kami diharap dapat terus memberikan pengalaman dan pemilikan terbaik untuk para peminat Audi di sini,” katanya.

ANTARA sebahagian model-model yang ditawarkan Audi yang terdapat di bilik pameran tersebut.

ANTARA sebahagian model-model yang ditawarkan Audi yang terdapat di bilik pameran tersebut.

Kelengkapan yang digunakan juga menepati standard yang ditetapkan oleh Audi AG.

Serentak dengan pembukaan pusat pameran 4S itu, Audi Malaysia menjemput semua pelanggan untuk berkunjung ke Audi Centre Setia Alam untuk melihat dengan lebih dekat model-model yang ditawarkan seperti SUV dan sedan premium.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web www.audi.com.my.





Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *