Cara pilih tudung agar tampak cantik

Cara pilih tudung agar tampak cantik

TUDUNG dan wanita memang tidak dapat dipisahkan hingga mereka sanggup menghabiskan ratusan bahkan ribuan duit untuk kelihatan cantik dan tampil bergaya.

Pun begitu, anda sebenarnya tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk mendapatkan tudung yang menjadi dambaan. Apa yang penting, anda harus bijak dalam memilih tudung dan cara menggayakannya.

Berikut adalah lima tip pemilihan tudung yang Femina kongsikan kepada anda:

1) Pilih yang sesuai dengan bentuk muka

Pastikan anda memilih tudung yang sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka anda. Jika kena dengan bentuk muka, ia kelihatan cantik dan terletak.

2) Kain yang senang dibentuk

Pakai tudung yang senang untuk dibentuk, seeloknya jenis kapas dan bawal. Anda akan rasa lebih selesa dan tampak kemas. Sebaik-baiknya tudung itu sepadan digayakan dengan baju anda sama ada kasual ataupun tidak rasmi.

3) Elak warna kusam

Bagi mengelak anda tampak lebih berusia, elakkan daripada memilih warna tudung yang gelap dan kusam. Pilihlah warna yang terang yang mampu membuatkan anda nampak ceria.

4) Jangan pakai tudung dan baju daripada warna yang sama

Cuba elakkan daripada memakai tudung dan baju dengan warna yang sedondon. Anda kena bijak bermain dengan warna agar penampilan anda menonjol dan berbeza.

5) Pilih tanpa corak

Sebenarnya anda kelihatan lebih ceria jika menggayakan tudung kosong dengan warna cerah seperti oren, kuning, merah jambu, biru dan sebagainya. Tudung tanpa corak juga sepadan digayakan dengan pakaian anda yang bercorak. Kalau dua-dua bercorak, nanti nampak berserabut.

Selamat mencuba ya!



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *