Cara berkesan mengawal nafsu makan

Cara berkesan mengawal nafsu makan

MAHU kurus tetapi gagal mengawal selera makan? Sebenarnya, cara untuk mengawal nafsu makan bergantung kepada diri sendiri.

Anda harus disiplin, bersemangat dan sentiasa fikir positif barulah mudah untuk mengawal nafsu makan sekaligus dapat mencapai berat badan yang diingini.

Memang sukar untuk kawal nafsu makan lebih-lebih lagi jika anda seorang pencinta makanan. Apa kata anda ikut tip hasil perkongsian Jazli Hassan bagaimana beliau mengawal nafsu makan tanpa perlu mengikat perut walaupun makan seperti biasa setiap hari.

1) Setkan minda

Setkan pada minda, anda makan untuk sekadar alas perut dan memberikan rasa kenyang.

2) Baca doa makan

Bukan semua orang baca doa makan dengan khusyuk dan selalunya mereka terus makan tanpa menghabiskan doa makan. Praktikkan baca doa makan dengan lebih penghayatan. Insya-ALLAH akan ada perubahan.

3) Minum air

Amalkan minum air sebelum atau selepas makan, ia mampu memberikan rasa kenyang pada perut anda. Jadi, anda akan makan dalam kuantiti yang sedikit.

4) Makan buah

Sebelum menjamah nasi atau makanan berat, sebaiknya anda makan buah dahulu. Buah sangat baik untuk sistem penghadaman dan juga dapat mengurangkan rasa lapar anda.

5) Kunyah perlahan

Kunyah makanan secara perlahan-lahan, anda akan lebih menghayati makanan yang dimakan dan ia akan mengenyangkan anda berbanding makan dengan laju.

6) Makan secara kerap

Makan kerap namun dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini dapat menghindarkan anda daripada kelaparan dan merangsang nafsu makan membuak-buak ketika lapar.

7) Jangan terpedaya iklan makanan

Jangan mudah terpedaya dengan iklan makanan di media sosial kerana iklan tersebut akan meningkatkan nafsu makan anda. Anda kena lawan nafsu makan.

8) Anggap pernah makan banyak kali

Anggap anda pernah makan pelbagai makanan banyak kali sebelum ini. Jangan fikir kalau tak jamah ia satu kerugian.

9) Fokus semasa makan

Bermain telefon bimbit semasa makan akan membuatkan anda bertambah lapar. Anda akan rasa tak cukup sedangkan telah makan dalam kuantiti yang banyak.

10) Kurangkan tekanan

Tekanan akan mendorong anda makan banyak kali, ramai yang mencari makanan untuk menghilangkan tekanan. Umpama anda balas tekanan itu dengan makanan dan kemudiannya akan timbul rasa menyesal.

Sumber: vitdaily.com



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *