Cantik persis wanita Korea

Cantik persis wanita Korea

UMMA yang bertindak sebagai platform produk Korea telah membuka kios, K-Beauty Pop Up di gedung NU Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kaunter kecantikan yang berlangsung pada 3 hingga 9 Oktober lalu merupakan projek di bawah Institut Pembangunan Industri Kesihatan Korea.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pencinta produk penjagaan wajah tentang keistimewaan jenama-jenama Korea yang ditawarkan di Malaysia.

Lima jenama utama diperkenalkan UMMA di kaunter K-Beauty Pop Up ialah 9Wishes, FFLOW, Gel Cream, Wonder dan First Lab. Setiap label tersebut menawarkan produk kecantikan yang ideal dioles pada kulit wajah wanita tempatan.

Pada masa sama, kaunter K-Beauty Pop Up turut menawarkan perkhidmatan analisa kulit secara percuma kepada pengunjung dengan menggunakan peranti Lumini.

Menerusi alat berkenaan, ia membantu mengenal pasti kondisi kulit wajah sebelum para pengunjung disarankan solusi terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

ANEKDOT

PRODUK UMMA

– 9Wishes

– FFLOW

– Gel Cream

– Wonder

– First Lab

Web: www.wako.com.my

Facebook: @wakobeauty

Instagram: @wakobeauty

Twitter: @wakobeauty



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *