Calpis Chewy sedia tawar kepuasan kepada pengguna

Calpis Chewy sedia tawar kepuasan kepada pengguna

SHAH ALAM – Calpis, minuman susu kultur pertama Jepun kini memperkenalkan rangkaian Calpis Chewy baharu dengan nata de coco yang menawarkan kepuasan kepada pengguna.

Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd, Yee Pek Kuan berkata, gabungan serasi susu kultur masam Calpis Chewy dan kekenyalan nata de coco baik untuk usus.

Beliau memberitahu, 70 peratus pengguna inginkan minuman susu kultur yang terdiri daripada jeli nata de coco yang boleh dikunyah.

“Calpis Chewy disediakan dalam dua varian lazat iaitu Calpis Chewy Original dan Calpis Chewy Mango.

“Minuman ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa melalui botol 350ml bersaiz mudah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Pek Kuan berkata, pihaknya juga memastikan mereka memberi tumpuan kepada kesihatan pengguna melalui minuman susu kultur lazat dan mengenyangkan.

Menurutnya, inovasi produk juga sentiasa menjadi teras dalam semua perkara.

Calpis Chewy kini dengan dua varian lazat iaitu Calpis Chewy Original dan Calpis Chewy Mango.

Calpis Chewy kini dengan dua varian lazat iaitu Calpis Chewy Original dan Calpis Chewy Mango.

“Kami sangat gembira untuk mengatakan bahawa pengguna kini boleh menikmati minuman susu kultur yang lazat sambil mendapat ketenangan kerana mengetahui kesihatan usus mereka dijaga dengan baik.

“Calpis adalah tempat kami hari ini dan berharap pengguna akan berada di sisi sambil terus mencipta lebih banyak produk inovatif yang memenuhi keperluan mereka,” ujarnya.

Pada masa sama, Calpis juga akan meningkatkan keseronokan pengguna melalui kempen ‘Match Made in Goodness’, sempena Hari Valentine’.

“Mereka boleh mengikuti komedi romantik selama satu minit yang menyentuh hati mengenai bagaimana pengalaman minum Calpis Chewy melalui watak Cally dan Chewy.

“Video digital ringan yang dilancarkan pada 31 Januari boleh didapati di Facebook Calpis.

“Mengukuhkan idea tentang perasaan Calpis Chewy seperti cinta pandang pertama, kempen ini juga membolehkan pengguna menunjukkan rasa cinta mereka melalui peraduan ‘Couple of Goodness’ yang berlangsung dari 17 Januari hingga 30 Januari,” katanya.

Tambah beliau, pengguna perlu menyatakan bagaimana mereka bertemu dengan pasangan sempurna dan sebab pasangannya sepadan.

Cally dan Chewy dalam komedi romantik selama 1minit ‘Match Made in Goodness.

Cally dan Chewy dalam komedi romantik selama 1minit ‘Match Made in Goodness.

“Seramai 50 peserta bertuah bakal memenangi satu edisi terhad sejambak bunga Calpis Chewy dan satu karton Calpis Chewy untuk dinikmati pada Hari Valentine,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, melalui kempen itu dan rangkaian baharu yang menarik, Calpis berharap pengguna akan mula memberi lebih perhatian kepada kesihatan usus mereka sambil terus menikmati minuman yang lazat dan penuh kebaikan.

“Kami di Calpis akan terus berusaha menawarkan lebih banyak produk inovatif untuk pengguna dan membina kempen kreatif yang akan memastikan mereka bermotivasi menjaga kesihatan,” katanya.

Sumber