Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.68 mata kepada 1,519.59. Ia bergerak antara 1,519.56 dan 1,523.16 sepanjang sesi.

Indeks dibuka rendah 1.95 mata kepada 1,520.32 daripada 1,522.27 pada Rabu.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 567 berbanding 272 manakala 420 kaunter tidak berubah, 1,082 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, pelabur akan memantau kadar inflasi Malaysia, dijangka dikeluarkan esok dan ini boleh memberi impak kepada hala tuju pasaran pada masa depan.

“Berdasarkan laluan perjalanan vaksinasi antara Malaysia dan Singapura yang akan dibuka pada 29 November ini, langkah ini boleh mewujudkan minat belian terpilih terhadap saham yang mencatatkan pemulihan,” katanya dalam nota penyelidikan pada Khamis.

Jumlah dagangan sebanyak 2.37 bilion unit bernilai RM1.30 bilion.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM8.15, Petronas Chemicals naik 11 sen kepada RM8.45, Press Metal menambah dua sen kepada RM5.67, Hong Leong Bank menokok empat sen kepada RM18.32, CIMB tidak berubah pada RM5.19, Public Bank merosot lima sen kepada RM4.02 dan IHH Healthcare susut satu sen kepada RM6.68.

Daripada saham aktif, G3 Global naik 2.5 sen kepada 16 sen, VS Industry meningkat 16 sen kepada RM1.58, Vsolar tidak berubah pada 1.5 sen, Fintec merosot setengah sen kepada 1.5 sen dan Dagang NeXchange susut dua sen kepada 86 sen.

Di papan indeks, FBM ACE berkurangan 88.54 mata kepada 6,662.77, Indeks FBM Emas merosot 12.23 mata kepada 11,180.92, Indeks FBMT 100 susut 7.03 mata kepada 10,842.25 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 7.48 mata kepada 12,128.69, bagaimanapun FBM 70 naik 37.85 mata kepada 14,668.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 9.41 mata kepada 15,260.31, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.03 mata kepada 200.23 dan Indeks Perladangan merosot 7.16 mata kepada 6,594.15. – Bernama

Sumber