Bursa Malaysia ditutup kukuh

Bursa Malaysia ditutup kukuh

BURSA Malaysia bertentangan dengan trend bursa serantau yang ditutup kukuh hari ini, dengan indeks utama ditutup pada paras tertinggi harian, didorong oleh Top Glove dan Hartalega yang mencatatkan peningkatan.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi 17.11 mata atau 1.1 peratus kepada 1,577.85 daripada 1,560.74 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks utama, yang dibuka rendah 1.1 mata kepada 1,559.64, bergerak kepada paras serendah 1,557.25 pada satu masa.

Top Gloves dan Hartalega, masing-masing meningkat semula dengan kukuh selepas jualan besar-besaran baru-baru ini, naik RM3.66 kepada RM26.08 dan RM2.00 kepada RM17.56.

Kenaikan dalam kedua-dua saham tersebut menyumbang 33.368 mata kepada peningkatan indeks komposit.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, saham pengeluar sarung tangan naik semula daripada penurunan berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah.

“Semua kaunter sarung tangan merosot daripada paras tertinggi mereka pada Isnin berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan cukai keuntungan luar biasa ke atas keuntungan yang melebihi biasa oleh pengeluar sarung tangan.

“Didapati tiada kaunter sarung tangan dimaklumkan mengenai cukai ini. Itu membantu sentimen pulih hari ini, justeru, aktiviti belian saham pada harga rendah,” katanya kepada Bernama.

Pengerusi Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai dilaporkan berkata, syarikat dan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia tidak dimaklumkan oleh kerajaan mengenai pelaksanaan cukai keuntungan luar biasa.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengenakan cukai keuntungan luar biasa ke atas industri yang mencatatkan prestasi baik semasa pandemik.

Bercakap di Parlimen semalam, beliau bagaimanapun berkata Putrajaya “mempunyai dasar yang luas”.

Daripada saham sarung tangan getah yang lain, Supermax meningkat RM4.10 kepada RM20.80 manakala Kossan Rubber naik RM2.32 kepada RM16.00.

Jumlah dagangan di Bursa meningkat kepada 10.6 bilion saham bernilai RM6.92 bilion daripada 8.79 bilion saham bernilai RM4.95 bilion pada Isnin.

Suasana pasaran meningkat dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 665 berbanding 446, manakala 371 kaunter tidak berubah, 529 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Daripada saham wajaran tinggi, Tenaga meningkat empat sen kepada RM11.16 dan IHH Healthcare menokok lima sen kepada RM5.42.

Maybank merosot 18 sen kepada RM7.63, Public Bank susut 14 sen kepada RM17.66, dan Petronas Chemicals merosot 12 sen kepada RM6.15.

Dalam kalangan saham paling cergas, Borneo Oil dan DGB, masing-masing susut setengah sen kepada 6.5 sen dan 5.5 sen, XOX merosot satu sen kepada 19 sen, manakala Sapura Energy menambah setengah sen kepada 12.5 sen.

Optimax yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 38.5 sen kepada 68.5 sen, dengan 106.89 juta saham bertukar tangan.

Penyedia perkhidmatan pakar mata itu merancang untuk menggunakan 49.31 peratus daripada RM21 juta yang diraih melalui tawaran awam permulaan untuk perbelanjaan modal, 16.76 peratus untuk bayaran balik pinjaman, 16.79 peratus untuk modal kerja, dan 17.14 peratus untuk perbelanjaan penyenaraian.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 188.1 mata kepada 11,295.85, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 393.5 mata kepada 13,235.08 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 181.0 mata kepada 11,118.02

FBM 70 melonjak 473.43 mata kepada 14,500.44 dan FBM ACE meningkat 577.88 mata kepada 10,438.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 159.6 mata kepada 13,177.12, Indeks Perladangan merosot 39.31 mata kepada 7,006.76, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.1 mata kepada 141.01.

Main Market volume increased sharply to 5.62 billion shares worth RM5.06 billion compared with 4.75 billion shares valued at RM3.71 billion on Monday.

Jumlah dagangan waran naik kepada 647.87 juta unit bernilai RM232.29 juta daripada 510.44 juta unit bernilai RM184.18 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 4.34 bilion saham bernilai RM1.62 bilion daripada 3.53 bilion saham bernilai RM1.06 bilion pada Isnin.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.23 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.97 bilion), pembinaan (122.31 juta), teknologi (530.18 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.61 juta), hartanah (330.01 juta), perladangan (35.91 juta), REIT (15.71 juta), dana tertutup (27,500), tenaga (719.96 juta), penjagaan kesihatan (128.99 juta), telekomunikasi dan media (294.51 juta), pengangkutan dan logistik (162.89 juta), dan utiliti (33.82 juta). – Bernama



Sumber