BUKTI CINTA DARI WANIE OOI

BUKTI CINTA DARI WANIE OOI

Penyanyi Wanie Ooi kini muncul dengan lagu baharu, hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Saleh, Bukti Cinta. Lagu ini merupakan edaran Alternate Records & Talents.

Bukti Cinta merupakan OST untuk drama baharu ‘Tarik Aku Ke Syurga’ drama di slot Samarinda. Drama ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Lisdawati, Keith Foo, Izzendra, Ayra Messi, Esma Daniel, Idzham Ismail, Afzan A. Rahman dan Hafreez Adam. Drama ini bakal bersiaran mulai 23 Jun 2022 ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Menurut Wanie Ooi, “Lagu Bukti Cinta” ini sememangnya sukar untuk dibawa dan mencabar vocal Wanie. Demi peminat dan minat saya dalam nyanyian, Wanie cuba untuk berikan yang terbaik dan menjiwai setiap bait-bait lirik di dalam lagu ini. Harapan Wanie agar semua yang mendengar dapat menerima dan terus memberikan sokongan kepada Wanie.”

Pernah menyertai beberapa pertandingan dan menyertai rancangan realiti TV, Wanie bukanlah seorang pendatang baru di dalam industry muzik tanah air. Bakatnya semakin terserlah apabila beliau memasuki program realiti Lagu Cinta Kita musim ke-3 bersama pasangannya Hariz Fayahet.

Single Bukti Cinta nyanyian Wanie Ooi boleh didengari di semua saluran digital bermula 17 Jun 2022.