BSN umum pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP

BSN umum pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP

BARIAH Aman dari Melaka diumumkan sebagai pemenang utama untuk Cabutan Istimewa BSN SSP (BSN SSP RM1 juta) 2019 di Wisma BSN di sini semalam.

Cabutan itu turut menyaksikan Mazlee Hashim dari Kedah muncul pemenang Cabutan Bulanan BSN SSP (BMW 318i), manakala bagi Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP (Hadiah Utama Bulanan-BSN SSP RM10,000) menjadi milik Mohamad Firdaus Ramlan dari Pahang, Nur Fatihah Has-Yun Mohamad Zainuddin (Kuala Lumpur) dan Laila Domingo (Sabah).

Majlis Cabutan BSN SSP Disember 2019 dihadiri Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd Rashid.

Pengumuman berkenaan turut mengumumkan jutawan ke-12 BSN SSP atau Super Jutawan yang membawa pulang BSN SSP berjumlah RM2 juta.

Dengan pengumuman jutawan ke-12 itu sekaligus mengakhiri cabutan BSN SSP 2019 dengan jumlah keseluruhan ganjaran bernilai RM22 juta telah diberikan kepada pemenang cabutan BSN SSP di sepanjang tahun 2019.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *