Boleh potong kuku pada bila-bila masa, tak semestinya hari Jumaat

Boleh potong kuku pada bila-bila masa, tak semestinya hari Jumaat

“HARI ini hari Jumaat, sunat potong kuku pada hari ni.”

Barangkali potong kuku pada hari Jumaat sudah menjadi kelaziman buat kita.

Persoalannya, benarkah ada hari-hari tertentu untuk kita memotong kuku dengan kelebihan tertentu? Bagaimanakah cara Rasulullah SAW memotong kuku?

Hukum asal memotong kuku adalah disunatkan pada mana-mana hari kerana asal hadis sahih umum daripada Nabi Muhammad SAW yang mana baginda bersabda: “Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”

Namun, menetapkan hari-hari tertentu atau kaifiat tertentu tidak ada nas yang jelas berkenaan perkara itu, demikian pendapat Imam al-Sakhawi dan selainnya.

Bagaimanapun, sahabat seperti Ibnu Umar suka merapikan misai dan memotong kuku pada hari Jumaat manakala, seorang ulama tabi’in besar iaitu Imam Ibrahim al-Nakhaie menukilkan bahawa ramainya orang memotong kuku pada hari Jumaat.

Maka, memotong kuku pada apa-apa hari atau dengan kaifiat tertentu boleh dilakukan tanpa menyandarkan secara khusus kepada Nabi Muhammad SAW.

Justeru, tidak salah untuk memotong kuku pada bila-bila masa apabila kita merasakan kuku kita agak panjang.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *