Berwuduk guna kolah ada tahi cicak, sahkah?

Berwuduk guna kolah ada tahi cicak, sahkah?

Guna air kolah ada tahi cicakSOALAN: Bolehkah kita mandi wajib atau mengambil wuduk menggunakan air kolah yang di dalamnya terdapat tahi cicak? HUKUM asal mandi junub atau berwuduk mestilah menggunakan air mutlak atau air suci yang terhindar daripada najis yang mengubah bau, rasa dan warna. Tahi cicak merupakan najis yang kotor. Para ulama berbeza pandangan dan pendapat dalam masalah berkenaan. Mazhab Syafie menganggap air yang terkena najis kurang daripada dua kolah walaupun tidak mengubah bau, rasa dan warna, maka hukumnya, najis. Berdasarkan hadis sahih riwayat al-Tirmizi, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila air itu cukup dua kolah, maka ia tidak menanggung kotoran atau najis.” Secara ringkasnya, dalam kitab-kitab fikah, ukuran dua kolah merujuk lebih kurang 200 liter atau ukuran bekas itu, bukaan dua hasta dalam dan bukaan dua hasta lebar. Sebahagian ulama seperti Mazhab Maliki dan pegangan Imam al-Ghazali menyatakan, air kurang dua kolah yang terkena najis selagi mana tidak mengubah bau, rasa dan warna tidak dikira najis. Sememangnya terdapat perbezaan yang ketara antara ulama, bahkan ada sebahagian ulama berpendapat, jatuhnya tahi cicak ke dalam kolah ialah perkara yang dimaafkan dan sukar dielakkan walaupun airnya kurang dari ukuran dua kolah.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *