Beg tangan Carlo Rino tampil dengan warna yang menarik

Beg tangan Carlo Rino tampil dengan warna yang menarik

JENAMA beg tersohor, Carlo Rino tampil dengan pelbagai koleksi beg tangan yang menarik dari segi reka bentuk dan warnanya sempena Aidilfitri kali ini.

Sejak dahulu, jenama itu cukup sinonim dengan mainan warna-warna pastel seperti merah jambu gelap, kelabu, merah jambu, biru muda dan krim.

Pada edisi terbaharu kali ini, ia masih diteruskan dengan mengekalkan saiz yang berbentuk kompak yang sememangnya menjadi kegilaan golongan muda dan wanita pertengahan.

Warna merah buat mereka yang berani.

Warna merah buat mereka yang berani.

 Beg yang padan digayakan ke pelbagai acara rasmi atau sebaliknya.

Beg yang padan digayakan ke pelbagai acara rasmi atau sebaliknya.

Bentuknya yang bulat dan empat segi sesuai bagi mereka yang mempunyai selera yang berbeza.

Namun, kenalah bijak membuat padanan dengan gaya dan busana yang dipakai. Seperkara, talinya yang panjang padan digayakan sebagai beg silang atau galas.

Bagi penulis, beg jenama itu sangat sesuai digayakan dalam pelbagai busana sama ada untuk ke majlis keraian mahupun santai.

Beg yang sesuai digayakan dengan busana yang ringkas

Beg yang sesuai digayakan dengan busana yang ringkas



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *