BDB rekod keuntungan sebelum cukai RM8 juta

BDB rekod keuntungan sebelum cukai RM8 juta

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM8 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 walaupun dalam persekitaran mencabar akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Korporat BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, jumlah tersebut 5.54 peratus lebih rendah berbanding RM8.53 juta yang direkodkan pada tahun kewangan 2020 dengan perolehan RM210.62 juta manakala susut 4.08 peratus kepada RM219.56 juta.

Menurutnya, kejayaan BDB untuk terus merekodkan keuntungan merupakan hasil fokus tidak berbelah bahagi dan usaha dalam meningkatkan perniagaan teras BDB ke arah asas yang berdaya tahan, memaksimumkan kecekapan operasi, kebajikan kakitangan, penggunaan tenaga kerja serta penyusunan semula kewangan

“Melangkah ke tahun 2022 dengan projek besar dalam tangan, kami akan terus melaksanakan langkah-langkah ini untuk meningkatkan perniagaan teras, menambah baik kemampanan kewangan, menerima transformasi digital dan menjana aliran pendapatan baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kesemua aspek terbabit akan membantu BDB menyelaraskan semula struktur operasi perniagaan, mempertajamkan produktiviti dan mengukuhkan kecekapan modal.

” Seterusnya kita dapat bangkit daripada fasa sukar dan memaksimumkan peluang pada 2022,” ujarnya.

Sumber