Bas mini popular Jepun Hino Poncho diperkenalkan di Malaysia

Bas mini popular Jepun Hino Poncho diperkenalkan di Malaysia

DIGELAR sebagai Hino Poncho di Jepun, ia menjadi pengangkutan tempatan yang paling popular di negara Matahari Terbit itu ketika ini.

Walaupun saiznya direka lebih kecil berbanding bas-bas konvensional yang rata-ratanya berdimensi 10 hingga 12 meter panjang, rekaan ciri baharu itu menjadikan Hino Poncho mudah dikendalikan di jalan yang penuh sesak dan di laluan sempit.

Menyedari kelebihannya, peniaga sah Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) yang mengambil bahagian dalam Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) telah memperkenalkan model bas mini itu.

Ia berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Pameran edisi keempat itu memfokuskan kepada solusi masa hadapan sistem pengangkutan yang bertemakan Masa Depan Pengangkutan di Malaysia.Dengan pengenalan buat pertama kalinya di Asia Tenggara, HMSM berhasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pertama penggunaan bas mini Hino Poncho. Selain itu, ia dilihat mampu menjadi solusi inovatif kepada sektor pengangkutan awam negara.

Selain Hino Poncho, HMSM turut membawakan barisan produk seperti trak ringan automatik 300 Series dan Prime Mover 700 Series dengan transmisi manual automatik. Tidak ketinggalan Driver Aptitude Test iaitu ujian pemanduan inovatif berasaskan komputer. Kira-kira 2,500 unit Hino Poncho telah dijual dan beroperasi di Jepun.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *