BARISAN NASIONAL MALAYSIA

BARISAN NASIONAL MALAYSIA

Barisan Nasional bersama rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan Pilihan Raya enam negeri yang telah diterjemahkan oleh rakyat pada hari ini.

Keputusan yang diumumkan telah mengekalkan penguasaan Kerajaan Perpaduan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Mandat yang diperoleh hari ini juga telah menjadi asas kepada kebersamaan parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan untuk terus bekerjasama dan memperkasa sinergi bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan ini untuk tempoh 5 tahun mendatang.

Barisan Nasional mengucapkan tahniah buat calon-calon yang telah berjaya. Terimalah amanah ini untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada rakyat. Buat yang tidak berjaya, teruslah beristiqomah dan jangan pernah berhenti untuk terus memperjuangkan aspirasi rakyat di saat kita berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Terima kasih kepada semua ahli-ahli parti, jentera dan sukarelawan yang telah bekerja keras menjayakan kempen dan bertungkus-lumus membantu Barisan Nasional

Kini, masa untuk kita bersatu hati dan terus bekerja keras demi memastikan perpaduan dipelihara, kestabilan dijaga demi kemakmuran rakyat Malaysia.