Banyaknya kuman di span basuh pinggan

ANDA biasanya akan menggunakan span untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu bayi, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda?

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh membunuh kuman-kuman tersebut.

Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.

Span adalah ‘syurga’ bagi kuman.

Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.

Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?

Jom ikuti tip membersihkan span di bawah:

1) Rebus 5 minit atau,

2) Gunakan microwave. Letak dalam air + ‘bleach’ selama dua minit atau,

3) Beli span baru. Tiga minggu sekali wajib tukar. Lebih bagus, seminggu sekali tukar atau apabila sudah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Sumber: Public Health Malaysia



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *