Bank Rakyat edar 6,000 pek bubur lambuk

Bank Rakyat edar 6,000 pek bubur lambuk

Mohammad Hanis (lima dari kanan) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat menyediakan bubur lambuk.

Mohammad Hanis (lima dari kanan) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat menyediakan bubur lambuk.

BANK Rakyat mengedarkan 6,000 pek bubur lambuk kepada komuniti setempat serta petugas barisan hadapan di sekitar Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, penganjuran tradisi pengedaran bubur lambuk itu diadakan pada setiap tahun dan kini memasuki tahun ke-10.

“Program ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadan.

“Selain diadakan untuk menghargai petugas barisan hadapan, program ini juga merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bank Rakyat untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat, bertepatan dengan elemen kesejahteraan, keyakinan dan ihsan dalam Malaysia Madani,” jelas kenyataan itu.

Mohammad Hanis (kanan) mengetuai program menyediakan bubur lambuk yang diadakan di Bank Rakyat.

Mohammad Hanis (kanan) mengetuai program menyediakan bubur lambuk yang diadakan di Bank Rakyat.

Menurut kenyataan itu, bubur lambuk itu diagihkan kepada orang ramai bermula jam 2 petang di beberapa lokasi antaranya termasuk pekarangan Menara Kembar Bank Rakyat di Jalan Rakyat, Ibu Pejabat Polis Daedah Brickfields, Balai Polis Sri Hartamas serta Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.

“Seperti tahun sebelum ini, sebanyak 20 kawah digunakan untuk menyediakan bubur lambuk itu seawal jam 3 pagi yang diketuai tukang masak dari Kampung Baru,” kata kenyataan itu.

Majlis pengedaran bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Mohammad Hanis Osman.

Sumber