Bank Islam perkenal kad debit Perak FA TGB

Bank Islam perkenal kad debit Perak FA TGB

BANK Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menjalinkan kolaborasi bersama Pasukan Bola Sepak Perak menerusi Kad Debit-i Bank Islam Visa Perak FA TGB.

Kerjasama melalui penjenamaan bersama itu sekali gus membuktikan sokongan padu Bank Islam terhadap sukan bola sepak negara.

Pengurus Negeri Bahagian Deposit, Wan Siti Hajar Wan Salim berkata, kad debit berkenaan diberikan kepada setiap pemegang akaun baharu Bank Islam.

“Orang ramai boleh sahaja datang ke cawangan terdekat di seluruh negeri, kad ini hanya sah di cawangan-cawangan bank di Perak sahaja,” katanya pada sidang media sempena Kempen Jelajah Awfar Bank Islam di Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya di sini hari ini.

Jelajah selama tiga hari berakhir esok itu turut diserikan dengan kehadiran pemain-pemain Skuad The Bos Gaurus (TGB).

Menurutnya, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan pihaknya berharap ia dapat membantu pembangunan bola sepak tempatan.

Wan Siti Hajar menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada pengurusan Pasukan Bola Sepak Perak.

Wan Siti Hajar menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada pengurusan Pasukan Bola Sepak Perak.

“Kad ini menawarkan pelbagai manfaat kepada pemegang kad yang mana sebahagian daripada jumlah fi tahunan kad akan dimanfaatkan oleh TGB sebagai sumbangan daripada bank dan pemegang kad kepada pembangunan pasukan bola sepak kesayangan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pemain pertahanan Perak, Nazirul Naim berkata, sepanjang berada dalam barisan skuad itu, Bank Islam banyak memberikan sokongan menerusi program-program pembangunan.

“Sudah tentu sumbangan seperti ini sedikit sebanyak memberi impak kepada pembangunan pasukan negeri,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *