SARAPAN yang seimbang adalah faktor penting untuk mengekalkan berat badan sihat, mengurangkan risiko penyakit kronik dan memberikan kecerdasan mental yang positif.
Minuman bijirin panas Nestum Brown Rice adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang sentiasa sibuk tetapi inginkan sarapan yang seimbang dan berkhasiat, terutama sekali apabila dicampurkan dengan buah-buahan segar.
Bagi mereka yang sentiasa dalam keadaan sibuk, ia juga boleh dihidangkan sebagai minuman berkhasiat yang cepat dan mudah disediakan dan membuatkan mereka kekal bertenaga lebih lama.
“Nestum Brown Rice mengandungi semua kebaikan beras perang dan bijirin penuh dalam campuran sedia minum yang mudah. Tidak hairanlah jika ia bakal menjadi pilihan pertama golongan profesional di Malaysia yang sentiasa mencari pilihan sarapan serta minuman bijirin snek yang mengenyangkan dan berkhasiat, serta mudah untuk diminum terutama ketika sibuk di mana-mana sahaja,” kata Pengurus Kategori Nutrisi Nestlé, Nurul Iliani Ahmad.
Minuman ini memudahkan golongan dewasa memilih makanan sihat yang penting untuk kualiti kehidupan optimum, dan ia selari dengan komitmen Nestlé untuk sentiasa memberikan produk yang lebih sihat dan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia. Minuman berkhasiat yang sesuai untuk semua situasi ini diiktiraf dengan logo ‘Pilihan Lebih Sihat’- inisiatif pelabelan pek makanan dan minuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendidik para pengguna membuat pilihan makanan yang lebih sihat.
“Nestum Brown Rice kaya dengan zat multi-bijirin seperti beras perang, gandum penuh, jagung dan beras. Ia menepati keperluan pengambilan harian bijirin penuh setiap sajian, selari dengan Garis Panduan Diet Malaysia. Bijirin penuh adalah penting dalam pemakanan harian kita kerana ia kaya dengan vitamin B, E dan mineral, serta serabut makanan yang boleh mengurangkan risiko obesiti dan diabetes,” tambah Nurul Iliani lagi.
Nestum Brown Rice boleh didapati di kedai-kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia pada harga RM11.20 setiap pek di Semenanjung Malaysia dan RM11.80 setiap pek di Sabah dan Sarawak.