Aplikasi wajib ada 2020

Aplikasi wajib ada 2020

TIDAK dinafikan terlalu banyak aplikasi mudah alih boleh dimuat turun daripada Google Play Store. Daripada berjuta-juta perisian tersebut, ada yang memiliki fungsi sama.

Pemilihan aplikasi itu bergantung kepada kebijaksanaan pengguna untuk memilih yang terbaik demi keperluan peribadi tanpa membazir ruang storan dalam peranti pintar masing-masing.

Gedung maya popular selain App Store Apple bukan sahaja menawarkan aplikasi percuma dan berbayar, bahkan memberikan pilihan yang mungkin lebih mengujakan berbanding perisian lama.

Pun demikian, adakah anda tahu aplikasi menarik yang perlu ada untuk tahun 2020? Ingin tahu perinciannya? Edisi e-Trend minggu ini yang meninjau carian tertinggi di Google Play, menghimpunkan lima perisian terkini untuk pengguna Android.

PILIHAN e-wallet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau lain-lain caj dalam bentuk kod QR atau sebagainya.

PILIHAN e-wallet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau lain-lain caj dalam bentuk kod QR atau sebagainya.

1. Google Pay

Jika anda seorang pengguna Android, mesti sudah biasa dengan aplikasi Google Pay. Ia antara aplikasi pembayaran mudah alih terbaik lebih-lebih lagi ketika ini orang ramai mula beralih kepada pembelian tanpa tunai.

Aplikasi itu ada kelainan tersendiri. Bukan sahaja menawarkan ganjaran dalam setiap transaksi pembayaran, maklumat pengguna untuk pemindahan wang atau penerimaan wang secara digital juga dilindungi.

Ia boleh menjadi pilihan e-dompet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau caj-caj lain dalam bentuk kod imbas (QR).

HANYA membuat pelarasan (syncs) antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do: To Do List boleh uruskan sekelip mata.

HANYA membuat pelarasan (syncs) antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do: To Do List boleh uruskan sekelip mata.

2. Any.do: To do list

Bagi si dia yang pelupa, mungkin boleh menjadikan aplikasi Any.do sebagai sahabat maya. Kegunaannya boleh membantu memberikan peringatan untuk hari istimewa, tugasan atau rancangan hujung minggu bersama keluarga tercinta.

Bukan sahaja membantu menguruskan hal kerja, aplikasi itu boleh dikatakan sebagai penyelamat nyawa yang sebenar. Tidak percaya? Pemegang anugerah pilihan editor Google itu telah membantu lebih 25 juta pengguna dalam urusan harian.

Hanya buat pelarasan antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do boleh uruskannya sekelip mata.

DATA geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan pada jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih keterhadapan.

DATA geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan pada jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih keterhadapan.

3. Google Find My Device

Satu lagi aplikasi menarik buat mereka yang selalu berdepan insiden ‘kehilangan’ barangan peribadi seperti telefon pintar kerana fitur canggih itu mampu mengesan lokasi.

Perisian Android percuma itu mudah digunakan untuk mengesan lokasi peranti yang hilang atau dicuri. Selain itu, ia berupaya menetapkan semula pin atau kod laluan mahupun memadam semua data dalam sekelip mata.

Apa yang menarik, data geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan dari jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih terkehadapan. Itulah yang menarik mengenai perisian tersebut. Jadi, sentiasa kekal berhubung dan lindungi peranti Android anda!

CIRI pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian selain kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat.

CIRI pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian selain kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat.

4. Zomato

Zomato ya bukan tomato! Aplikasi itu juga dikatakan antara yang terbaik dalam kalangan perisian Android buat si pemburu makanan lewat malam di restoran berhampiran.

Hanya perlu lihat gambar, senarai menu makanan dan ulasan pengguna sebelum membuat keputusan sama ada mahu menempah juadah pilihan dalam talian atau terus ke restoran berkenaan.

Ciri pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian. Kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat dengan mudah, hanya di hujung jari anda.

PERISIAN brilian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

PERISIAN brilian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

5. Antivirus Kaspersky mudah alih

Antivirus cukup signifikan dalam memastikan keselamatan peranti pintar. Paling popular adalah Kaspersky kerana ketetapan perisiannya cukup ketat.

Sama seperti antivirus lain, perisian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

Aplikasi hebat itu dikatakan mempunyai ciri antikecurian terbaik pernah dicipta meliputi carian lokasi, pemadaman data jarak jauh selain sentiasa meningkatkan ketetapan bank setiap kali menukar telefon pintar.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *