Allianz Life bantu jana pendapatan melalui Friends of Allianz

Allianz Life bantu jana pendapatan melalui Friends of Allianz

ALLIANZ Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) menawarkan program Friends of Allianz untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia menjana pendapatan sampingan.

Friends of Allianz ialah sebuah program rujukan yang mana peserta akan mendapat bayaran rujukan untuk setiap rujukan yang berjaya diperoleh.

Ketua Pegawai Jualan Allianz Life, Ong Pin Hean berkata, program adalah cara yang baik untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan Allianz kepada orang ramai.

Katanya, seramai 6,000 peserta telah mengambil bahagian dalam program dianjurkan itu.

“Kami berharap program ini mampu menggalakkan perbincangan mengenai insurans dan membantu mereka menjana pendapatan pasif,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ong berkata, syarikat mengambil langkah tambahan untuk mencipta program yang mudah dan mendigitalkan sepenuhnya daripada pendaftaran hingga ke bayaran supaya rujukan dapat dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Kami sentiasa mengingatkan ejen bahawa matlamat mereka ialah untuk mengubah tiga aspek kehidupan mereka secara serentak iaitu kehidupan yang tersayang, kehidupan pelanggan dan komuniti,” katanya.

Tambahnya, selain bayaran rujukan yang menarik, insentif lain yang disediakan melalui program Friends of Allianz termasuk menebus barangan premium Allianz Malaysia Berhad dan insentif pelancongan serta peluang cabutan bertuah.



Sumber