AllianceDBS Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Bermaz Auto

AllianceDBS Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Bermaz Auto

ALLIANCEDBS Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar rasmi kereta dan alat ganti Mazda di Malaysia dan Filipina susulan momentum pendapatan kukuh yang berterusan bagi suku ketiga tahun kewangan 2019.

“Terdapat peluang untuk meningkatkan potensi pendapatan menerusi jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) sebagai enjin pertumbuhan,” katanya dalam nota hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata momentum pendapatan yang kukuh itu akan berterusan, disokong oleh peningkatan tempahan dan pelancaran baharu kenderaan.

“SUV yang semakin popular akan memberikan manfaat kepada BAuto – dipacu oleh CX-5 baharu dan pelancaran CX-8 pada masa akan datang,” katanya.

AllianceDBS Research berkata, model kenderaan pacuan empat roda (4WD)/SUV di Malaysia telah menyumbang kepada pertumbuhan industri yang memberangsangkan sejak 2016 dan pada masa yang sama, bahagian pasaran Mazda dalam segmen tersebut berkembang baik daripada sembilan peratus kepada 12 peratus bagi tempoh sama.

AllianceDBS Research mengekalkan saranannya ke atas saham BAuto dengan harga sasaran pada RM3.00.

Pada 10.49 pagi, harga saham Bermaz Auto menyusut satu sen kepada RM2.19 dengan 148,300 lot bertukar tangan. – Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *