ALHUMAIRA gemerlap dengan batu Swarovski

ALHUMAIRA gemerlap dengan batu Swarovski

ALHUMAIRA yang sinonim dengan corak abstrak dan cetakan flora sebagai simbolik dalam rekaan tudungnya masih kekal menampilkan ciri kesopanan buat si pemakai.

Garisan-garisan abstrak pada tudung tersebut mewakili wanita yang berdikari, berkuasa dan berani manakala cetakan flora pula memberi gambaran kepada sisi kelembutan dan keanggunan si wanita.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi dan sempena ulang tahun ke-9 jenama itu, ALHUMAIRA menampilkan koleksi EXPECTATION. EXPECTATION mempunyai 10 koleksi berlainan dan sememangnya bakal memenuhi cita rasa wanita masa kini.

Elemen Swarovski

Seperti sebelum ini, jenama tersohor ini meneruskan kolaborasi mereka buat kali kedua bersama Swarovski.

Pada pertunjukan fesyen di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini, lebih 900 biji kristal Swarovski dihias di atas salah satu koleksi tudung telah dipertontonkan kepada umum.

Pada acara itu juga, koleksi yang diberi nama Allure dijadikan gimik persembahan melalui selendang sutera krep duo tona. Kemudian, diikuti dengan Noele, selendang satin dengan pesona tatahan kristal Swarovski dan koleksi Envy yang mewakili skarf empat segi dengan fabrik satin Valencia berona polos.

Stella yang merupakan koleksi paling laris pula tampil dengan fabrik khas daripada kapas viscose premium. Kedua-dua koleksi Darla dan Deary ialah selendang semi instant dengan pilihan warna pastel daripada material fabrik sifon dipadankan dengan inner kapas viscose.

Koleksi seterusnya Mabel pula hadir dengan fabrik sifon Korea dengan perincian lebih 30 biji kristal Swarovski ditatah pada setiap sudut. Selebriti sensasi, Elfira Loy dilantik sebagai duta pada keluaran kali ini.

Pengasas ALHUMAIRA, Hani Elia Rousli berkata, rekaan corak keluaran baharunya mendapat sentuhan daripada ilustrator yang berpangkalan di Poland.

Tudung ALHUMAIRA dijual pada harga bermula RM59 hingga RM99 sehelai.

Anda juga boleh membeli secara online menerusi www.alhumaira.com atau di butik ALHUMAIRA di Selangor iaitu di Shah Alam dan Bangi selain di Alor Setar, Kedah. Ejen ALHUMAIRA juga terdapat di Brunei, Singapura dan Thailand.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *