SYARIKAT penerbangan tambang rendah AirAsia kini menawarkan sejumlah lima juta tempat duduk pada harga promosi yang disertakan pelbagai diskaun hotel serta produk bebas cukai.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu menyatakan tambang promosi ahli yang ditawarkan pada harga serendah RM1 adalah bagi penerbangan sehala Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang serta serendah RM36 bagi penerbangan termasuk ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh.
“Penerbangan dengan AirAsia X (syarikat penerbangan jarak jauh, tambang rendah AirAsia Bhd) pula serendah RM199 bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain.
“Bagi tujuan keselesaan, kemudahan katil rata premium Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju ditawarkan pada harga serendah RM699,” kata kenyataan itu.
Tempahan boleh dilakukan menerusi airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia mulai 11 hingga 17 Mac, 2019 bagi tempoh perjalanan antara 1 September, 2019 dan 2 Jun, 2020. -Bernama