Adidas berkolaborasi dengan Arsenal hasil jersi ikonik

Adidas berkolaborasi dengan Arsenal hasil jersi ikonik

ADIDAS baru-baru ini melancarkan koleksi jersi ikonik terbaharu yang lebih progresif untuk kelab bola sepak terkemuka dunia, Arsenal untuk koleksi musim panas 2019/2020.

Dengan bentuk jalur baharu yang mengagumkan, menjadikan rekaan jersi yang berwarna merah klasik itu lebih inovatif dan serba moden.

Desainnya juga tampak unik dengan lengan putih dan kolar yang berbeza.

Mengulas mengenainya, Pengurus Besar Bola Sepak Adidas, Nick Craggs berkata, Arsenal sentiasa mempunyai budaya yang sentiasa membawa mereka lebih ke hadapan dari aspek inovasi.

“Mereka (Arsenal) bijak mendefinisikan semula permainan dan kekal utuh dengan nilai teras mereka. Kami cukup teruja untuk menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Arsenal, Vinai Venkatesham berkata, pihaknya teruja apabila pihak Adidas sentiasa berkongsi dengan misi dan visi Arsenal.

Arsenal kini dibarisi dengan beberapa penyokong dan pemain terkenal seperti Idris Elba, Ian Wright, Tony Adams, Alexandre Lacazette, Pierre-Emerick Aubameyang, Mesut Ozil, Vivianne Miedema dan Mattéo Guendouzi.

Kit jersi Arsenal baharu itu dijual pada harga RM300 dan boleh didapati secara eksklusif di Football Republic dan melalui laman web www.adidas.com.my.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *