Adakah kucing anda seorang fashionista sejati? Inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh pencinta kucing! TV3 mengundang pemilik kucing untuk menyertai Cat Fashion Week, acara peragaan terbesar untuk pencinta kucing di Malaysia. Jika kucing anda penuh gaya dan mempunyai bakat dalam memperagakan fesyen, kini adalah masanya untuk mereka menjadi bintang di kaca TV!
Sertai Uji Bakat Cat Fashion Week!
Cat Fashion Week memberi peluang kepada kucing kesayangan anda untuk memperagakan fesyen terbaik mereka dan melangkah ke pentas peragaan yang disiarkan di TV3. Untuk menyertai, pemilik kucing hanya perlu menghantar video pendek berdurasi 1 minit yang menunjukkan kucing mereka memperagakan gaya fesyen yang paling on point.
Proses penyertaan sangat mudah:
- Rakam video 1 minit kucing anda memperagakan fesyen.
- Hantar video tersebut melalui e-mel ke contest@tv3.com.my atau muat naik video tersebut ke media sosial anda dengan menggunakan hashtag #CatFashionWeekTV3.
Penyertaan terbuka bermula 29 November 2024, dan tarikh tutup penyertaan adalah 15 Disember 2024. Jadi, pastikan kucing kesayangan anda tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada acara fesyen kucing yang luar biasa ini.
Jika kucing anda terpilih, mereka berpeluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya dan bertanding di Pentas Akhir Cat Fashion Week. Saksikan aksi comel kucing anda ber “catwalk” di pentas peragaan pertama yang penuh dengan gaya dan kreativiti. Acara ini bakal disiarkan secara eksklusif di TV3 dan menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan oleh para pencinta kucing.
Untuk maklumat terkini tentang acara Cat Fashion Week atau drama-drama menarik di TV3, ikuti media sosial rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram (@TV3Malaysia), serta Instagram rasmi Drama Sangat (@dramasangat).
Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan kucing anda simbol gaya dalam dunia fesyen kucing!